Sunday, February 1, 2009

Syarikat Wilayah Timur Disaran Mendaftar Dengan Matrade

KUALA TERENGGANU, 15 Jan (Bernama) -- Syarikat di negara ini disaran menggunakan kemudahan yang disediakan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dalam usaha menembusi pasaran antarabangsa yang semakin kompetitif, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata menerusi 39 rangkaian pejabat di bandar-bandar perdagangan utama seluruh dunia, MATRADE menyediakan pelbagai kemudahan, termasuk jaringan perdagangan dan maklumat pasaran, supaya pengeksport tempatan lebih berdaya saing dalam bidang eksport.

"Menjadi hasrat kerajaan melalui MATRADE untuk meningkatkan bilangan syarikat tempatan yang mempunyai keupayaan meneroka pasaran eksport. Oleh yang demikian, saya berharap lebih banyak penyertaan dari syarikat di Wilayah Timur berdaftar dengan MATRADE.

"Selain daripada menerima maklumat perdagangan, syarikat ini akan dibimbing menjadi pengeksport yang berwibawa di pasaran global. Sejumlah 319 syarikat dari Terengganu, Kelantan dan Pahang telah berdaftar dengan MATRADE. Bilangan itu masih kecil jika dibandingkan dengan sejumlah 14,000 syarikat yang telah berdaftar dengan perbadanan itu," katanya.



Beliau berkata demikian semasa merasmikan Pejabat MATRADE Wilayah Timur, di sini, hari ini. Teks ucapannya dibacakan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Liew Vui Keong.

Muhyiddin berkata pejabat MATRADE Wilayah Timur akan membantu pengeksport Malaysia menceburi pasaran global melalui penyebaran maklumat dan risikan pasaran serta program promosi.

Muhyiddin berkata pembukaan pejabat wilayah timur itu menunjukkan komitmen kerajaan untuk membantu pengeksport tempatan, terutama dari negeri Terengganu, untuk terus memasarkan produk serta perkhidmatan mereka ke luar negara.

"Walaupun dalam keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu, kerajaan melalui MATRADE meneruskan inisiatifnya untuk mengembangkan rangkaian di kawasan pantai timur yang merangkumi negeri Pahang, Terengganu dan Kelantan.

"Pembukaan pejabat di Terengganu ini mencerminkan potensi negeri ini dari segi industri, perdagangan, pelaburan dan pelancongan, selain kekayaan sumber aslinya," kata beliau.

Selain di Kuala Terengganu, MATRADE kini mempunyai lima cawangan di seluruh negara iaitu Pulau Pinang, Johor, Kota Kinabalu, Sabah, dan Kuching, Sarawak.

Menurut beliau, beberapa kemudahan dan inisiatif akan disediakan MATRADE kepada komuniti perniagaan di wilayah timur, seperti akses kepada peluang dalam pasaran tradisional serta pasaran baru, risikan perniagaan terkini dan maklumat pasaran dalam media cetak serta elektronik serta memudahkan penyertaan syarikat di Wilayah Timur dalam aktiviti promosi perdagangan luar negara.

"Kemampuan syarikat Terengganu bukan terhad kepada sektor tradisi sahaja malah merangkumi peluang-peluang mengeksport barangan bukan tradisi dan bernilai tinggi seperti teknologi maklumat dan komunikasi serta perkhidmatan pembinaan.

"Dalam Perancangan projek Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER), sektor yang akan dibangunkan selain minyak dan gas, termasuk sektor perkilangan, pertanian, pelancongan dan pendidikan. Kesemua sektor ini mempunyai potensi eksport yang baik," katanya.



Muhyiddin berkata dalam usaha menggalakkan syarikat Malaysia menyertai aktiviti promosi di pasaran tempatan dan antarabangsa dalam menangani kelembapan ekonomi global, MATRADE telah mengambil tindakan memperluaskan dan melonggarkan skop Geran Pembangunan Pasaran (MDG), antaranya meningkatkan kelayakan maksimum bagi penyediaan bahan promosi syarikat daripada RM30,000 kepada RM100,000.

Selain itu, MATRADE juga menaikkan kelayakan tuntutan bagi kos penginapan dan tiket penerbangan dari seorang kepada dua orang bagi syarikat dan persatuan serta dewan perniagaan serta menaikkan kelayakan tuntutan bagi kos pembinaan dan penambahbaikan gerai daripada 50 peratus kepada 100 peratus, daripada kos layak penyewaan gerai.

-- BERNAMA

Tuesday, January 20, 2009

Launching of MATRADE Eastern Regional Office

MATRADE officially opened its Eastern Regional Office in Kuala Terengganu, Terengganu on 15th January 2009. The official launch was held at Menara Yayasan Islam Terengganu, launched by the Minister of International Trade and Industry, Tan Sri Muhyiddin Yassin and with 300 attendees consisting of agencies under Ministry of International Trade and Industry and companies registered under MATRADE eastern regional office.




companies that joined mini exhibition that day..










Tan Sri Muhyiddin handed over cheques from SMIDEC to batek and songket enterprises..



press conference..


in his speech, Tan Sri Muhyiddin also encouraged companies from Kelantan, Terengganu and Pahang to register under MATRADE. Currently, there are 319 companies from Kelantan, Terengganu and Pahang that have registered under MATRADE and it is hoped that there will be more in the future.

Monday, January 19, 2009

Wooden Furniture & Building Material: Syarikat Perusahaan Ibrahim Pandak


Established in 1983, Syarikat Perusahaan Ibrahim Pandak is a family enterprise with businesses in manufacturing of wooden furniture.

Providing services in designing Seraya, Cengal and Tembesu works, which including doors, pergola, gazebo, fencing, and other outdoor fixture. Highly experienced in designing unique Malay traditional carvings, especially Terengganu traditional carvings which is the main specilality.






All products are hand-crafted for customer satisfaction. In Syarikat Perusahaan Ibrahim Pandak, they believe in supplying the best quality products and good services to their customers at competitive prices and now ready for the export market.






Other services:

  • Contractor
  • Building renovation
  • Building cleaning services, food supplier
  • Transportation


Contact details:

Syarikat Ibrahim Pandak Sdn. Bhd.
Syarikat Perusahaan Ibrahim Pandak (anak beranak)
Mars Maju Trading
6518/32 Kampung Laut,
21989 Kuala Terengganu
T / F : 09617 4615
Mobile: 019 - 990 2444
email : md_ibp@streamyx.com


by:
wan rohanizan & siti 'aisyah nadiah

Monday, January 5, 2009

Majlis Perasmian MATRADE Wilayah Timur, 15 Januari 2009

Merujuk kepada perkara di atas, dengan segala hormatnya MATRADE menjemput tuan ke Majlis Perasmian Pejabat MATRADE Wilayah Timur yang akan dirasmikan oleh YB Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, YB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin seperti butiran berikut:

Tarikh : 15 Januari 2009, Khamis
Masa : 3.45 petang hingga 5.15 petang
Tempat : Pejabat MATRADE Wilayah Timur
Tingkat 5, Menara Yayasan Islam Terengganu
Jalan Sultan Omar, 20300 Kuala Terengganu
Terengganu

Semoga kehadiran tuan dapat menyerikan lagi majlis ini.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi MATRADE Wilayah Timur pada 09 - 6246778 (Puan Afikah / Cik Izan / Cik Nadia).