Sunday, August 9, 2009

MDG bantu pasaran eksport syarikat EKS

"Geran Pembangunan Pemasaran (MDG) diwujudkan bertujuan membantu pembangunan pasaran eksport Industri Kecil dan Sederhana (IKS)"- Rusmiza Darus, Eksekutif Perdagangan Unit MDG

Sinar Harian, 6 Ogos 2009.

Pengeksport perlu aktif kembang pasaran niaga

Kuala Terengganu-"Pengeksport di negara ini perlu agresif mempromosikan eksport untuk mengekal dan mengembangkan pasaran eksport negara terutama dalam suasana perdagangan kini yang lebih mencabar serta kompetitif"- Md Silmi Abd Rahman,(Pengarah Bahagian Pembangunan Pengeksport MATRADE)





Sinar Harian, 29 Julai 2009.

Saturday, August 1, 2009

Bilangan pengeksport bumiputera kecil

ARKIB : 29/07/2009

Bilangan pengeksport bumiputera kecil

KUALA TERENGGANU 28 Julai – Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) akan lebih proaktif merapatkan jurang jumlah pengeksport antara negeri-negeri yang terlalu ketara ketika ini.


Terdapat 15,026 pengeksport di seluruh negara yang berdaftar dengan Matrade dan Pantai Timur hanya mempunyai kira-kira 300 pengeksport termasuk Terengganu seramai 101 pengeksport.

Pengarah Bahagian Pembangunan Pengeksport Matrade, Md. Silmi Abd. Rahman berkata, kebanyakan pengeksport adalah bukan bumiputera yang beroperasi di Lembah Klang selain Johor Bahru dan Pulau Pinang.


“Daripada 15,026 pengeksport di seluruh negara, 11 peratus adalah bumiputera.
“Jadi Matrade akan berusaha untuk merapatkan jurang yang sangat ketara itu,” katanya selepas merasmikan majlis Taklimat dan Konsultasi Kepada Pengeskport di sini hari ini.
Majlis itu disertai seramai 86 pengeksport dari Terengganu, Pahang dan Kelantan. Turut hadir, Pengarah Matrade Wilayah Timur, Hasziah Mohd. Yazid.


Md. Silmi berkata, pihaknya sedang dan akan mengadakan beberapa program termasuk menghantar pegawainya turun padang dalam usaha menyemai kesedaran di kalangan pengeksport untuk bergiat lebih aktif.


Utusan Malaysia Online

Saturday, July 11, 2009

BESTA MANUFACTURERS SDN. BHD.


In 1990,Mohd Azami Food acts as vendor for Besta Corporation. Besta Corporation take over the business in 1997 and Besta Manufacturers was established as a subsidiary of Besta Corporation. It is located in Chendering Industrial Park,Kuala Terengganu with currently owned 100% bumiputera workers.

In manufacturing of goods, Besta Manufacturer has leading sauces manufacturer in Malaysia by supplying their product to many organization such as hospitals and Jabatan Penjara Malaysia. Aims to improve marketing activities in order to penetrate global market.