Sunday, July 21, 2013

JEMPUTAN KE SESI TAKLIMAT PERJANJIAN PERDAGANGAN BEBAS (FTA) DI DEWAN SERBAGUNA, YAYASAN PEMBANGUNAN USAHAWAN TERENGGANU PADA 29 JULAI 2013.

Tuan / Puan,

Dalam usaha untuk mempertingkatkan pengetahuan syarikat-syarikat Malaysia, mempromosi peluang dan faedah di bawah Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) bagi meningkat perdagangan dengan negara-negara ahli FTA, MATRADE dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU) akan menganjurkan sesi taklimat tersebut seperti berikut:
           
 Tarikh    : 29 Julai 2013 (Isnin)
 Tempat  : Dewan Serbaguna,       
                 Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu
                 Pusat Dagangan Terengganu, Jalan Hiliran
                 Kuala Terengganu, Terengganu
Masa       : 9.00 pagi - 1.00 tengah hari

Tujuan penganjuran sesi taklimat ini adalah untuk :

i . Meningkatkan tahap kesedaran mengenai faedah dan peluang yang ada pada setiap Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia yang boleh ditandatangani;

ii. Menggalakkan perdagangan antara syarikat-syarikat Malaysia dengan negara-negara rakan FTA; dan

iii. Memberi peluang kepada syarikat-syarikat Malaysia untuk memberi maklumbalas berkenaan FTA

Sehubungan dengan itu, MATRADE dengan berbesar hati menjemput tuan / puan untuk hadir mendengar taklimat terutamanya berkenaan dengan faedah dan peluang didalam Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) yang boleh di aplikasi dalam perniagaan tuan / puan. Untuk mendapatkan surat jemputan, agenda program dan borang maklum balas, sila klik link berikut untuk memuat turun dokumen-dokumen tersebut.( https://app.box.com/s/jr655ouv4crolzxdsmvp )

Yuran pendaftaran adalah percuma. Tarikh tutup pendaftaran adalah pada Ahad, 28 Julai 2013.  Untuk maklumat lanjut, pihak tuan / puan boleh menghubungi En. Mohd Zulkhairie Effendie Mohd Zain / En. Hamidi Fauzi di talian  09-624 4778 atau e-mel ke  zulkhairee@matrade.gov.my.

Sekian.

Terima Kasih.

Wednesday, July 3, 2013

Usahawan Pantai Timur Perlu Keluar Dari “zon Selesa” Dan Bersedia Ambil Risiko Teroka Pasaran Luar- Matrade

Usahawan Pantai Timur Perlu Keluar Dari “Zon Selesa” Dan Bersedia Ambil Risiko Teroka Pasaran Luar- Matrade

KUALA TERENGGANU, 29 Mei (Bernama) — Usahawan-usahawan tempatan, terutama di Pantai timur, perlu keluar dari “zon selesa” dan bersedia meneroka pasaran luar.
 
Pengarah Wilayah Timur Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) Hasziah Mohd Yazid berkata mereka dilihat masih berada dalam “zon selesa” dan tidak mahu mengambil risiko untuk meneroka pasaran luar walau pun ia peluang terbaik untuk menempa lebih banyak keuntungan dan kejayaan dalam membangunkan satu-satu jenama.

Katanya antara kekangan yang dihadapi usahawan tempatan ialah masalah pengeluaran barangan yang tidak dapat memenuhi permintaan dalam skala besar ekoran pengeluaran di kilang yang masih kecil.

“Banyak produk jenama tempatan yang bagus dan berkualiti tinggi serta diterima ramai, malangnya ia masih gagal menembusi segmen pasaran luar negara secara konsisten.”

“Namun, ada juga usahawan tempatan yang berjaya membina jenama mereka dan mendapat sambutan baik dari negara luar dan Matrade menjadikan mereka ini sebagai ikon berjaya untuk diikuti usahawan lain,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Bernama di sini hari ini pada bengkel bertajuk “Pelan Pemasaran Eksport” yang disertai 54 usahawan dari Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Hasziah berkata kesemua usahawan itu mewakili 36 sektor perniagaan pelbagai bidang termasuk pembuatan makanan seperti makanan sejuk beku, air berkarbonat dan kopi pra-campuran, tekstil, kayu dan perabot, perkhidmatan yang merangkumi kejuruteraan, hartanah dan latihan.

“Penganjuran bengkel ini bertujuan memberi pendedahan terhadap usahawan mengenai peluang dan perkembangan pasaran eksport yang masih luas untuk mereka terokai.”

“Usahawan juga akan diajar bagaimana untuk menjadi seorang pengeksport yang berjaya terutamanya dalam mengendalikan hal ehwal perniagaan di dalam dan luar negara melalui bengkel ini,” katanya.

Matrade Wilayah Timur ditubuhkan pada Jun 2008 sebagai jaringan tempatan untuk memastikannya hadir secara fizikal dan menjadi penghubung pengeksport di Pantai Timur ke pasaran antarabangsa.
Bengkel pelan pemasaran itu disampaikan oleh seorang pensyarah kanan salah sebuah universiti di Kuala Lumpur, A B Teoh. Beliau juga menulis buku bertajuk “Exporting and International Trade” serta penulis rencana tetap Trademart, iaitu satu majalah untuk pengeksport yang diterbitkan oleh Matrade.

Hasziah berkata Matrade turut memberi nasihat bagi perkara yang berkaitan promosi eksport global dan membantu pendaftaran sebagai pengeksport dan bakal pengeksport melalui Pendaftar Eksport Matrade (MER).

“Kami juga mengadakan lawatan ke kilang milik syarikat yang berpotensi bagi memantau perkembangan eksport, seterusnya memastikan syarikat itu mampu berdaya saing dan bertahan di pasaran luar negara.”

“Matrade tidak bersendirian dalam hal seperti ini dan bagi usahawan di Terengganu, kerjasama yang dijalinkan dengan Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu sangat signifikan dalam pembangunan perniagaan sesebuah syarikat untuk mereka menembusi pasaran global,” katanya.

Banyak program yang akan diadakan oleh Matrade Wilayah Timur sepanjang tahun ini antaranya termasuklah penganjuran bengkel Pelan Pemasaran Eksport di Kuantan pada September depan dan Seminar Eksport Batik dan Kraftangan ke Pasaran Global di Kota Bharu pada November depan. Satu lagi seminar Mengembangkan Perniagaan Melalui E-Niaga juga akan diadakan di Kelantan serta Program Kenali Matrade di Kuantan pada Disember depan.

– BERNAMA

Monday, June 17, 2013

ZIQ BAKERY AND CAKE SDN BHD

Date of Visit: 11 June 2013
Company Profile:
Ziq Bakery and Cake Sdn Bhd is a 100% owned by Bumiputera bakery company in Terengganu. It was established in 2008 by a spouse, Mr. Badrol Hisham Zaki and Puan Suzana Salleh. They have  5 outlets in Malaysia. 4 of them are located in Terengganu  and one outlet in Melaka. Ziq Bakery Sdn Bhd also have Halal certification from JAKIM. For a future plan, they are planning to export their products to Europe countries with muslim communities.

Products:
  • Bakery
  • Cakes

Various kind of Cakes

Ziq Bakery's own burger bread
Creative designs of cakes
Service:
Bakery & Cake classes

Contacts:
Lot A1, A2 & A3 Kompleks Kilang SME Bank
Kawasan Perindustrian Chendering
21080 Kuala Terengganu

Tel: 09-6171528
Fax: 09-6174278
Email: suzanamohdsalleh@gmail.com
Website: www.ziqbakery.blogspot.com 

Prepared by:
Siti Hajar binti Mohamad Ramzi
Practical Trainee

Sunday, May 26, 2013

Jemputan ke Bengkel "Export Marketing Plan" by AB Teoh, Prinz Park Hotel Kuala Terengganu, 29.5.2013

Tuan/Puan,

BENGKEL “Export Marketing Plan (Pelan Pemasaran Eksport)”

Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dengan berbesar hati ingin menjemput tuan/puan ke Bengkel “Export Marketing Plan”(Pelan Pemasaran Eksport). Maklumat lanjut adalah seperti berikut:-
                      Tarikh : 29 Mei 2013 (Rabu)
Masa : 9.00 am – 1.30 pm
Tempat : Prinzpark Resort
Jalan Sultan Mahmud, Kuala Ibai
20400 Kuala Terengganu, Terengganu
Bengkel ini bertujuan untuk memberi maklumat kepada komuniti pengeksport tentang kepentingan dan keperluan untuk merangka pelan pemasaran eksport, membuat perbandingan, mengenalpasti komponennya dan mempersembahkannya.



Penceramah yang akan mengendalikan bengkel ini ialah Encik A.B. Teoh, EXIM - Export-Import Consultant dan seorang pensyarah senior yg mengendalikan pelbagai program latihan di peringkat domestik dan antarabangsa. Beliau merupakan seorang penulis buku bertajuk “Exporting and International Trade”. Beliau juga seorang yang berpengalaman luas dan telah berkecimpung dalam bidang eksport selama 25 tahun di dalam dan luar negara.

Yuran penyertaan adalah PERCUMA. Pendaftaran boleh dibuat melalui Online Registration melalui portal MATRADE http://www.matrade.gov.my > For Malaysia Exporters > MATRADE Online Services > Online Applications > Export Training Programme ataupun melalui borang manual yang dilampirkan. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 28 Mei 2013. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi En. Mohd Zulkhairie Effendie Mohd Zain atau Puan Nor Afikah Abdullah di Tel: 09-624 4778 atau email kepada zulkhairee@matrade.gov.my / afikah@matrade.gov.my.



Berikut turut disertakan adalah surat jemputan dan agenda program untuk makluman dan rujukan pihak tuan / puan. Sila klik link untuk dokumen: https://www.box.com/signup/collablink/d_906108382/72c747e1d4541
 
Sekian, terima kasih.
Thank you & Warm regards
Afikah Abdullah
MATRADE Eastern Regional Office
Tel:09-624 4778 Faks: 09-624 0778
afikah@matrade.gov.my