JEMPUTAN KE PROGRAM “GO-EXPORT” MATRADE, KUANTAN, PAHANG, 22 OKTOBER 2013
Adalah dimaklumkan bahawa MATRADE akan menganjurkan Program “Go Export” di Kuantan, Pahang. Butiran program adalah seperti berikut:-
Tarikh : 22 Oktober 2013 (Selasa)
Masa : 8.30 pagi – 5.00 petang
Tempat : M.S. Garden Hotel,
Lot 5 &10 Lorong Gambut
Off Jalan Beserah, 25300 Pahang.
Tel: 09-5177899
Objektif program ini adalah untuk memaklumkan kepada usahawan dan pengeksport tempatan khususnya dari Pantai Timur mengenai perkhidmatan, kemudahan, program serta aktiviti MATRADE pada tahun 2013. Pada kali ini ia bertemakan kepada “Perdagangan Bebas Membawa Kemakmuran Negara”. Program ini juga bertujuan untuk mendapatkan maklumbalas serta mengetahui masalah serta isu-isu semasa berkaitan perdagangan antarabangsa di dalam usaha berterusan MATRADE untuk memperkasakan pengeksport dan usahawan Malaysia ke pasaran global.
Program ini akan disertai oleh beberapa agensi kerajaan seperti MITI, MIDA, SIRIM QAS international, EXIM Bank, MPC, HDC, MAI, SME Bank, dan SME Corp. Para peserta boleh berinteraksi dengan mereka di kaunter informasi yang akan dibuka pada hari tersebut sehingga jam 5.00 petang.
Penyertaan adalah PERCUMA. Sekiranya berminat, sila kembalikan borang pendaftaran yang telah lengkap diisi kepada kami melalui talian fax 09-624 0778 atau email kepada zulkhairee@matrade.gov.my / afikah@matrade.gov.my sebelum atau pada 14 Oktober 2013 (Isnin). Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi En. Mohd Zulkhairie Effendie Mohd Zain / Pn. Nor Afikah Abdullah di talian 09-624 4778.
Untuk mendapatkan surat jemputan, agenda program dan borang pendaftaran, sila klik pada link berikut: https://app.box.com/s/fi4hr00160uz5pq2is11
Sekian. Terima kasih.
MATRADE Wilayah Timur
Tel: 09-624 4778
Fax: 09-624 0778
Website: www.matrade.gov.my
Blog: matradewilayahtimur.blogspot.com
Facebook: MATRADE Wilayah Timur
Monday, October 7, 2013
Wednesday, September 4, 2013
ANUGERAH USAHAWAN TERENGGANU 2013
Tuan/Puan
PENCALONAN ANUGERAH USAHAWAN TERENGGANU 2013
Saya dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan Kerajaan Negeri menerusi Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU) akan menganjurkan Program Anugerah Usahawan Terengganu 2013 (AUT 2013). Matlamat utama program AUT 2013 adalah sebagai penghargaan dan pengiktirafan Kerajaan Negeri kepada sumbangan dan pencapaian kejayaan para usahawan IKS tempatan. Majlis Anugerah Usahawan Terengganu 2013 akan diadakan pada 11 Disember 2013 dan dijangka akan disempurnakan oleh YAB. Menteri Besar Terengganu.
3. Terdapat 7 kategori penyertaan pada anugerah ini dan pihak tuan/puan telah dikenal pasti sebagai salah satu calon untuk Kategori Perkilangan dan Pembuatan. Untuk mendapatkan borang penyertaan dan tatacara panduan pencalonan, sila klik pada link berikut :
4. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke Sekretariat Program AUT 2013 di Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu pada atau sebelum 12 September 2013 pada butiran berikut:
Sekretariat AUT 2013
Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu
Pusat Dagangan Terengganu
Padang Hiliran
21100, Kuala Terengganu, Terengganu
U.p.: Pn. Siti Norhajaraesyah Ismail / Pn. Ros Azlina Mohd Puteh / En. Haiza Bidin
Tel: 09 – 624 2424
Faks: 09 – 624 8932
Email: akademi@ypu.com.my
4. Untuk keterangan lanjut sila hubungi En. Hamidi bin Fauzi / Encik Mohd Zulkhairie Effendie Mohd Zain di talian 09-624 4778. Kami amat berharap pihak tuan/ puan dapat bersama menyertai pencalonan anugerah ini.
Sekian.
Terima Kasih.
Sunday, July 21, 2013
JEMPUTAN KE SESI TAKLIMAT PERJANJIAN PERDAGANGAN BEBAS (FTA) DI DEWAN SERBAGUNA, YAYASAN PEMBANGUNAN USAHAWAN TERENGGANU PADA 29 JULAI 2013.
Tuan / Puan,
Dalam usaha untuk mempertingkatkan pengetahuan syarikat-syarikat Malaysia, mempromosi peluang dan faedah di bawah Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) bagi meningkat perdagangan dengan negara-negara ahli FTA, MATRADE dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU) akan menganjurkan sesi taklimat tersebut seperti berikut:
Tarikh : 29 Julai 2013 (Isnin)
Tempat : Dewan Serbaguna,
Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu
Pusat Dagangan Terengganu, Jalan Hiliran
Kuala Terengganu, Terengganu
Masa : 9.00 pagi - 1.00 tengah hari
Tujuan penganjuran sesi taklimat ini adalah untuk :
i . Meningkatkan tahap kesedaran mengenai faedah dan peluang yang ada pada setiap Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia yang boleh ditandatangani;
ii. Menggalakkan perdagangan antara syarikat-syarikat Malaysia dengan negara-negara rakan FTA; dan
iii. Memberi peluang kepada syarikat-syarikat Malaysia untuk memberi maklumbalas berkenaan FTA
Sehubungan dengan itu, MATRADE dengan berbesar hati menjemput tuan / puan untuk hadir mendengar taklimat terutamanya berkenaan dengan faedah dan peluang didalam Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) yang boleh di aplikasi dalam perniagaan tuan / puan. Untuk mendapatkan surat jemputan, agenda program dan borang maklum balas, sila klik link berikut untuk memuat turun dokumen-dokumen tersebut.( https://app.box.com/s/jr655ouv4crolzxdsmvp )
Yuran pendaftaran adalah percuma. Tarikh tutup pendaftaran adalah pada Ahad, 28 Julai 2013. Untuk maklumat lanjut, pihak tuan / puan boleh menghubungi En. Mohd Zulkhairie Effendie Mohd Zain / En. Hamidi Fauzi di talian 09-624 4778 atau e-mel ke zulkhairee@matrade.gov.my.
Sekian.
Terima Kasih.
Dalam usaha untuk mempertingkatkan pengetahuan syarikat-syarikat Malaysia, mempromosi peluang dan faedah di bawah Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) bagi meningkat perdagangan dengan negara-negara ahli FTA, MATRADE dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU) akan menganjurkan sesi taklimat tersebut seperti berikut:
Tarikh : 29 Julai 2013 (Isnin)
Tempat : Dewan Serbaguna,
Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu
Pusat Dagangan Terengganu, Jalan Hiliran
Kuala Terengganu, Terengganu
Masa : 9.00 pagi - 1.00 tengah hari
Tujuan penganjuran sesi taklimat ini adalah untuk :
i . Meningkatkan tahap kesedaran mengenai faedah dan peluang yang ada pada setiap Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia yang boleh ditandatangani;
ii. Menggalakkan perdagangan antara syarikat-syarikat Malaysia dengan negara-negara rakan FTA; dan
iii. Memberi peluang kepada syarikat-syarikat Malaysia untuk memberi maklumbalas berkenaan FTA
Sehubungan dengan itu, MATRADE dengan berbesar hati menjemput tuan / puan untuk hadir mendengar taklimat terutamanya berkenaan dengan faedah dan peluang didalam Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) yang boleh di aplikasi dalam perniagaan tuan / puan. Untuk mendapatkan surat jemputan, agenda program dan borang maklum balas, sila klik link berikut untuk memuat turun dokumen-dokumen tersebut.( https://app.box.com/s/jr655ouv4crolzxdsmvp )
Yuran pendaftaran adalah percuma. Tarikh tutup pendaftaran adalah pada Ahad, 28 Julai 2013. Untuk maklumat lanjut, pihak tuan / puan boleh menghubungi En. Mohd Zulkhairie Effendie Mohd Zain / En. Hamidi Fauzi di talian 09-624 4778 atau e-mel ke zulkhairee@matrade.gov.my.
Sekian.
Terima Kasih.
Wednesday, July 3, 2013
Usahawan Pantai Timur Perlu Keluar Dari “zon Selesa” Dan Bersedia Ambil Risiko Teroka Pasaran Luar- Matrade
Usahawan Pantai Timur Perlu Keluar Dari “Zon Selesa” Dan Bersedia Ambil Risiko Teroka Pasaran Luar- Matrade
KUALA TERENGGANU, 29 Mei (Bernama) — Usahawan-usahawan tempatan, terutama di Pantai timur, perlu keluar dari “zon selesa” dan bersedia meneroka pasaran luar.
Katanya antara kekangan yang dihadapi usahawan tempatan ialah masalah pengeluaran barangan yang tidak dapat memenuhi permintaan dalam skala besar ekoran pengeluaran di kilang yang masih kecil.
“Banyak produk jenama tempatan yang bagus dan berkualiti tinggi serta diterima ramai, malangnya ia masih gagal menembusi segmen pasaran luar negara secara konsisten.”
“Namun, ada juga usahawan tempatan yang berjaya membina jenama mereka dan mendapat sambutan baik dari negara luar dan Matrade menjadikan mereka ini sebagai ikon berjaya untuk diikuti usahawan lain,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada Bernama di sini hari ini pada bengkel bertajuk “Pelan Pemasaran Eksport” yang disertai 54 usahawan dari Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Hasziah berkata kesemua usahawan itu mewakili 36 sektor perniagaan pelbagai bidang termasuk pembuatan makanan seperti makanan sejuk beku, air berkarbonat dan kopi pra-campuran, tekstil, kayu dan perabot, perkhidmatan yang merangkumi kejuruteraan, hartanah dan latihan.
“Penganjuran bengkel ini bertujuan memberi pendedahan terhadap usahawan mengenai peluang dan perkembangan pasaran eksport yang masih luas untuk mereka terokai.”
“Usahawan juga akan diajar bagaimana untuk menjadi seorang pengeksport yang berjaya terutamanya dalam mengendalikan hal ehwal perniagaan di dalam dan luar negara melalui bengkel ini,” katanya.
Matrade Wilayah Timur ditubuhkan pada Jun 2008 sebagai jaringan tempatan untuk memastikannya hadir secara fizikal dan menjadi penghubung pengeksport di Pantai Timur ke pasaran antarabangsa.
Bengkel pelan pemasaran itu disampaikan oleh seorang pensyarah kanan salah sebuah universiti di Kuala Lumpur, A B Teoh. Beliau juga menulis buku bertajuk “Exporting and International Trade” serta penulis rencana tetap Trademart, iaitu satu majalah untuk pengeksport yang diterbitkan oleh Matrade.
Hasziah berkata Matrade turut memberi nasihat bagi perkara yang berkaitan promosi eksport global dan membantu pendaftaran sebagai pengeksport dan bakal pengeksport melalui Pendaftar Eksport Matrade (MER).
“Kami juga mengadakan lawatan ke kilang milik syarikat yang berpotensi bagi memantau perkembangan eksport, seterusnya memastikan syarikat itu mampu berdaya saing dan bertahan di pasaran luar negara.”
“Matrade tidak bersendirian dalam hal seperti ini dan bagi usahawan di Terengganu, kerjasama yang dijalinkan dengan Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu sangat signifikan dalam pembangunan perniagaan sesebuah syarikat untuk mereka menembusi pasaran global,” katanya.
Banyak program yang akan diadakan oleh Matrade Wilayah Timur sepanjang tahun ini antaranya termasuklah penganjuran bengkel Pelan Pemasaran Eksport di Kuantan pada September depan dan Seminar Eksport Batik dan Kraftangan ke Pasaran Global di Kota Bharu pada November depan. Satu lagi seminar Mengembangkan Perniagaan Melalui E-Niaga juga akan diadakan di Kelantan serta Program Kenali Matrade di Kuantan pada Disember depan.
– BERNAMA
Subscribe to:
Posts (Atom)