Wednesday, February 6, 2013

Jemputan Penyertaan Pemadanan Perniagaan (IBM) MIHAS, Menara MATRADE, 2 April 2013



 
Ybg. Dato’ / Datin / Tuan / Puan,

JEMPUTAN UNTUK MENYERTAI INCOMING BUYING MISSION (IBM) MIHAS 2013

Merujuk kepada perkara diatas,


Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) sekali lagi akan menganjurkan Incoming Buying Mission (IBM) sempena MIHAS 2013.

2. Incoming Buying Mission (IBM) adalah satu sesi dimana usahawan-usahawan di Malaysia berpeluang untuk berbincang dengan pengeksport dari luar negara secara one to one business matching. Objektif IBM MIHAS 2013 adalah,



a) Untuk mempamerkan produk dan perkhidmatan PKS kepada bakal pembeli
b) Untuk membuka peluang eksport yang baru
c) Untuk mewujudkan satu platform yang berkesan bagi perkongsian perniagaan dengan pengimport asing
d) Untuk mengembangkan perniagaan ke pasaran eksport baru dan
e) Untuk mewujudkan persekitaran perniagaan yang kompetitif
3. Oleh itu, pihak Ybg. Dato’ / Datin / Tuan / Puan, dijemput untuk menyertai IBM MIHAS 2013 yang akan diadakan seperti berikut:
Tarikh : 2 April 2013
Masa : 9:00 am - 5:00 pm
Tempat : Hall C, Level 1, Menara MATRADE


5. Pendaftaran adalah percuma dan boleh dibuat secara onlinemelalui laman www.matrade.gov.my. Borang manual juga boleh di muat turun melalui link ini : KLIK SINI! 

6. Tarikh tutup penyertaan telah dilanjutkan kepada 22 Februari 2013 bagi memberi peluang kepada lebih ramai syarikat-syarikat untuk menyertai IBM MIHAS ini. Berikut turut dilampirkan adalah template untuk program tersebut untuk makluman dan tindakan pihak Ybg. Dato’ / Datin / Tuan / Puan selanjutnya. Sebarang pertanyaan, sila hubungi IBM Sekretariat di talian 093-6207 7490 / 7491 / 7495 / 7496 /7077 atau email ke buyers@matrade.gov.my.

Terima kasih. 

MATRADE Timur
b/p Sekretariat MIHAS
MATRADE KUALA LUMPUR