Wednesday, September 4, 2013

ANUGERAH USAHAWAN TERENGGANU 2013

Tuan/Puan
 

PENCALONAN ANUGERAH USAHAWAN TERENGGANU 2013

Saya dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan Kerajaan Negeri menerusi Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU) akan menganjurkan Program Anugerah Usahawan Terengganu 2013 (AUT 2013). Matlamat utama program AUT 2013 adalah sebagai penghargaan dan pengiktirafan Kerajaan Negeri kepada sumbangan dan pencapaian kejayaan para usahawan IKS tempatan. Majlis Anugerah Usahawan Terengganu 2013 akan diadakan pada 11 Disember 2013 dan dijangka akan disempurnakan oleh YAB. Menteri Besar Terengganu.

3. Terdapat 7 kategori penyertaan pada anugerah ini dan pihak tuan/puan telah dikenal pasti sebagai salah satu calon untuk Kategori Perkilangan dan Pembuatan. Untuk mendapatkan borang penyertaan dan tatacara panduan pencalonan, sila klik pada link berikut :
 
 
4.  Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke Sekretariat Program AUT 2013 di Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu pada atau sebelum 12 September 2013 pada butiran berikut:

Sekretariat AUT 2013
Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu
Pusat Dagangan Terengganu
Padang Hiliran
21100, Kuala Terengganu, Terengganu

U.p.: Pn. Siti Norhajaraesyah Ismail / Pn. Ros Azlina Mohd Puteh / En. Haiza Bidin
Tel: 09 – 624 2424
Faks: 09 – 624 8932
Email: akademi@ypu.com.my

4. Untuk keterangan lanjut sila hubungi En. Hamidi bin Fauzi / Encik Mohd Zulkhairie Effendie Mohd Zain di talian 09-624 4778. Kami amat berharap pihak tuan/ puan dapat bersama menyertai pencalonan anugerah ini.

Sekian.

Terima Kasih.