Monday, October 7, 2013

PROGRAM " GO EXPORT " MATRADE, KUANTAN PADA 22 OKTOBER 2013

JEMPUTAN KE PROGRAM “GO-EXPORT” MATRADE, KUANTAN, PAHANG, 22 OKTOBER 2013

Adalah dimaklumkan bahawa MATRADE akan menganjurkan Program “Go Export” di Kuantan, Pahang. Butiran program adalah seperti berikut:-

Tarikh   : 22 Oktober 2013 (Selasa)
Masa    : 8.30 pagi – 5.00 petang
Tempat : M.S. Garden Hotel,
               Lot 5 &10 Lorong Gambut
               Off Jalan Beserah, 25300 Pahang.
               Tel: 09-5177899

Objektif program ini adalah untuk memaklumkan kepada usahawan dan pengeksport tempatan khususnya dari Pantai Timur  mengenai perkhidmatan, kemudahan, program serta aktiviti MATRADE pada tahun 2013. Pada kali ini ia bertemakan kepada “Perdagangan Bebas Membawa Kemakmuran Negara”. Program ini juga bertujuan untuk mendapatkan maklumbalas serta mengetahui masalah serta isu-isu semasa berkaitan perdagangan antarabangsa di dalam usaha berterusan MATRADE untuk memperkasakan pengeksport dan usahawan Malaysia ke pasaran global.

Program ini akan disertai oleh beberapa agensi kerajaan seperti MITI, MIDA, SIRIM QAS international, EXIM Bank, MPC, HDC, MAI, SME Bank, dan SME Corp. Para peserta boleh berinteraksi dengan mereka di kaunter informasi yang akan dibuka pada hari tersebut sehingga jam 5.00 petang.

Penyertaan adalah PERCUMA. Sekiranya berminat, sila kembalikan borang pendaftaran yang telah lengkap diisi kepada kami melalui talian fax 09-624 0778 atau email kepada zulkhairee@matrade.gov.my / afikah@matrade.gov.my sebelum atau pada 14 Oktober 2013 (Isnin). Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi En. Mohd Zulkhairie Effendie Mohd Zain / Pn. Nor Afikah Abdullah di talian 09-624 4778.

Untuk mendapatkan surat jemputan, agenda program dan borang pendaftaran, sila klik pada link berikut:  https://app.box.com/s/fi4hr00160uz5pq2is11

Sekian. Terima kasih.

MATRADE Wilayah Timur
Tel: 09-624 4778
Fax: 09-624 0778
Website: www.matrade.gov.my
Blog: matradewilayahtimur.blogspot.com
Facebook: MATRADE Wilayah Timur