Monday, August 22, 2011

Malaysia to explore trade opportunities in Kingdom

Malaysia to explore trade opportunities in Kingdom

KUALA TERENGGANU – The Malaysia External Trade Development Corporation (Matrade), East Coast region, will be organizing a seminar on “Market Opportunities For Malaysian Products in Saudi Arabia and Neighboring Countries” on Aug. 8.

Director of Matrade (East Coast), Hasziah Mohd Yazid, said the one-day seminar will be held at the Menara Yayasan Islam Terengganu here, Bernama news agency said Monday.
Guest speaker for the seminar will be Amran Yem, the Trade Commissioner of Matrade in Jeddah.



Amran will deliver an address on the opportunities available in the markets of Saudi Arabia and surrounding countries to entrepreneurs keen to venture into the Middle East market, Hasziah said Monday.

Registration for the free seminar will close on Aug. 4. – Agencies

MATRADE pelawa PKS lawat TPM Biotech

MATRADE pelawa PKS lawat TPM Biotech

Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) Wilayah Timur mempelawa usahawan terutama pengusaha kesil dan sederhana (PKS) di Pantai Timur menyertai lawatan ke TPM Biotech Sdn Bhd (TPM Biotech) di Raub, Pahang, pada 27 Julai ini.



Pengarah Matrade Wilayah Timur, Hasziah Mohd Yazid berkata, lawatan itu bertujuan meninjau kemudahan terutama dalam bidang makanan kesihatan, nutraseutikal dan kosmetik. Pusat itu juga menyediakan perkhidmatan analisis makmal.

“Khidmat ditawarkan TPM Biotech penting dalam membantu usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) sekiranya ingin meluaskan atau melebarkan pasaran produk mereka ke peringkat antarabangsa,” katanya.

Menurutnya, TPM Biotech juga membantu dari segi persijilan halal atau Amalan Pengilangan Baik.

Menurutnya, lawatan itu terbuka kepada usahawan, sama ada dari Terengganu, Kelantan atau Pahang, di Pantai Timur terdapat ramai usahawan herba dan kesihatan, namun perusahaan itu dijalankan secara kecil-kecilan.

Hasziah berkata, lawatan berkenaan boleh dijadikan jalan pintas untuk usahawan mengintai pasaran lebih besar.

- SINAR HARIAN

Saturday, August 6, 2011

Seminar Peluang Pasaran Perniagaan Kepada Pengeksport Malaysia - Saudi Arabia, India, Chile, Belanda, Jepun, Taiwan, Brazil dan USA

Pejabat cawangan MATRADE seluruh negara akan mengadakan seminar berkenaan peluang pasaran dan barangan Malaysia di negara berikut:

No. Pejabat Cawangan * STC/TC Yang Terlibat * Tarikh * Pertanyaan Lanjut


1 Terengganu * Jeddah * 8/8/2011 * terengganu@matrade.gov.my
2 Sarawak * Chennai & Santiago * 9-Sep-11 * sarawak@matrade.gov.my
3 Johor * Rotterdam dan Tokyo * 13-Sep-11 * johor@matrade.gov.my
4 Sabah * Taipei dan Sao Paulo * 13-Sep-11 * sabah@matrade.gov.my
5 Penang * New York, Toronto dan Miami * 20-Sep-11 * penang@matrade.gov.my



Taklimat akan diadakan oleh Pesuruhjaya / Penolong Pesuruhjaya Perdagangan yang masih ataupun baru selesai bertugas di lokasi-lokasi berikut.

Sekiranya berminat, sila hubungi pejabat-pejabat MATRADE Wilayah sebagaimana email di atas.