Wednesday, June 4, 2014

JEMPUTAN KE PROGRAM “EXPORTERS FORUM 2014” MATRADE, KUANTAN, PAHANG, 24 JUN 2014

Adalah dimaklumkan bahawa MATRADE akan menganjurkan Program “Exporters Forum” di Kuantan, Pahang. Butiran program adalah seperti berikut:-

Tarikh        :        24 Jun 2014 (Selasa)
Masa          :        8.30 pagi – 5.00 petang
Tempat      :        M.S. Garden Hotel,
                            Lot 5 &10 Lorong Gambut
                            Off Jalan Beserah,
                            25300 Kuantan, Pahang.
                           Tel: 09-5177899

Objektif program ini adalah untuk memaklumkan kepada usahawan dan pengeksport tempatan khususnya dari Pantai Timur  mengenai perkhidmatan, kemudahan, program serta aktiviti MATRADE terkini. Program ini juga bertujuan untuk mendapatkan maklumbalas serta mengetahui masalah serta isu-isu semasa berkaitan perdagangan antarabangsa di dalam usaha berterusan MATRADE untuk memperkasakan pengeksport dan usahawan Malaysia ke pasaran global. Mereka juga boleh berkongsi pengalaman dengan syarikat-syarikat yang telah berjaya mengeksport.

 



Program ini juga akan disertai oleh beberapa agensi kerajaan seperti MITI, MIDA,  MIDF, EXIM Bank, MPC, HDC, SME Bank, dan SME Corp. Para peserta boleh berinteraksi dengan mereka di kaunter informasi yang akan dibuka pada hari tersebut sehingga jam 5.00 petang.
 
Penyertaan adalah PERCUMA. Sekiranya berminat, sila kembalikan borang pendaftaran yang telah lengkap diisi melalui faks di talian 09-624 0778 atau email kepada zulkhairee@matrade.gov.my / afikah@matrade.gov.my sebelum atau pada 13 Jun 2014 (Jumaat). Sebarang pertanyaan sila hubungi En. Mohd Mohd Zulkhairie Effendie Mohd Zain / Pn. Nor Afikah Abdullah di talian 09-624 4778.

Untuk mendapatkan borang penyertaan dan agenda program, sila klik link berikut: https://app.box.com/s/8ejrab0zu289zl5mc13m

Sekian, terima kasih.

MATRADE Wilayah Timur
Tel: 09-624 4778
Fax: 09-624 0778
Website: http://www.matrade.gov.my/
Blog: http://matradewilayahtimur.blogspot.com/
Facebook:
https://www.facebook.com/pages/MATRADE-Wilayah-Timur/154101524621964