Sunday, February 22, 2009

Boat Traditional Craftsmanship: Custom Made Wooden Yachts

Terengganu's reputation in the boat-making industry is well-known. It is one of the finest in the world. Traditional boatbuilding is still thriving on the Duyung Island, as Tuan Haji Abdullah and his highly skilled craftsmen continue to build these sturdy, seaworthy boats for the Marang fishing fleet.

The workshop in Duyung Island owned by Haji Abdullah
Amazingly, the boats are built entirely from memory, without the use of plans. Abdullah bin Muda's family has been building ships by hand for generations. He specialises in boats made of cengal timber, a local hardwood that can literally weather any storm.



The yacht making in progress
Not only is he well known in Malaysia, Haji Abdullah even has orders from foreign sailing enthusiasts who have heard about his skills within the international sailing community. His customers come from Alaska, Algeria, New Zealand and England.




Product Offered:
Terengganu Traditional Boat (e.g: Perahu Kolek and Perahu Payang)

Contact Details:
Tuan Haji Abdullah bin Muda
Custom Made Wooden Yachts
International Shipyard
East Coast, Peninsula Malaysia
3592 Duyung Besar
20100 Kuala Terengganu
Tel: 019 9369500
by:
Wan Rohanizan Wan Muda
Practical Trainee
MATRADE Wilayah Timur


Ucapan Perasmian MATRADE Wilayah Timur

Perasmian Pejabat MATRADE Wilayah Timur

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Yang Berhormat Dato’ Haji Mohamed bin Awang Tera,
Exco Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi Negeri,
Yang Berhormat Datuk Liew Vui Keong,
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Perdagangan);
Yang Berhormat Dato’ Haji Mokhtar bin Nong,
Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu,
Yang Berbahagia Dato’ Noharuddin Nordin,
Ketua Eksekutif MATRADE,
Barisan Exco Kerajaan Negeri Terengganu,
Ketua-ketua Jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan,
Pihak media serta para hadirin yang dihormati sekalian.

Bersyukur kita ke hadrat ilahi kerana dengan izin dan limpah kurnianya kita berpeluang untuk hadir dan menyaksikan majlis pembukaan pejabat MATRADE Wilayah Timur di Kuala Terengganu pada hari ini.

Pembukaan pejabat Wilayah Timur ini menunjukkan komitmen Kerajaan untuk membantu pengeksport di Wilayah Timur amnya, dan khususnya dari negeri Terengganu untuk terus memasarkan produk serta perkhidmatan mereka ke luar negara. Walaupun dalam keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu pada masa ini, Kerajaan melalui MATRADE meneruskan inisiatif untuk melebarkan rangkaiannya di kawasan pantai timur Semenanjung Malaysia. Pembukaan pejabat di Terengganu ini mencerminkan potensi negeri ini dari segi industri, perdagangan, pelaburan dan pelancongan, selain daripada kekayaan sumber asli.

Dengan penubuhan pejabat di Kuala Terengganu, MATRADE kini mempunyai lima pejabat cawangan di seluruh Malaysia termasuk di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kota Kinabalu dan Kuching. Antara fungsi-fungsi pejabat cawangan MATRADE adalah untuk menyelaras dan memudahkan jalinan perhubungan perniagaan antara syarikat tempatan dengan pengimport luar negara. Selain itu, pejabat cawangan MATRADE juga menganjurkan aktiviti-aktiviti promosi bagi produk dan perkhidmatan yang disediakan oleh syarikat tempatan.

Tuan-tuan dan puan-puan,
Terdapat salah tanggapan bahawa eksport hanyalah untuk syarikat-syarikat besar seperti Petronas dan Perwaja dan bukan untuk syarikat-syarikat industri kecil sederhana (IKS). Oleh yang demikian, banyak syarikat IKS menjauhkan diri daripada bergiat dalam bidang ini. Tetapi pada hakikatnya, terdapat banyak peluang bagi syarikat-syarikat IKS berkecimpung atau meneroka di pasaran antarabangsa bagi mengembangkan perniagaan mereka.

Terdapat juga salah tanggapan bahawa bidang eksport hanyalah untuk pasaran negara-negara besar seperti Amerika Syarikat, Jepun atau di benua Eropah. Untuk makluman para hadirin sekalian, banyak syarikat IKS kini berjaya menembusi pasaran di sekitar rantau ini terutamanya negara-negara ASEAN seperti Thailand, Indonesia, Singapura dan Brunei melalui kemudahan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA). Ini telah dibuktikan dengan kejayaan syarikat-syarikat tempatan dari Terengganu yang menceburi pasaran antarabangsa seperti Noor Arfa Batik, Bibah Songket, T-Lekor, Pertima, MSET dan juga Maduria.

Kemampuan syarikat-syarikat Terengganu bukan terhad kepada sektor tradisi sahaja tetapi juga merangkumi peluang-peluang mengeksport barangan bukan tradisi dan bernilai tinggi seperti teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan perkhidmatan pembinaan. Sebagai contoh, Mitechsoft Technology Sdn. Bhd. melalui MATRADE berjaya melancarkan produk baru mereka di pasaran Eropah sempena pameran perdagangan antarabangsa ICT CeBIT di Hannover, Jerman pada tahun 2005.

Di bawah perancangan projek pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER), sektor-sektor yang akan dibangunkan selain daripada minyak dan gas termasuklah sektor perkilangan, pertanian, pelancongan dan pendidikan. Kesemua sektor ini mempunyai potensi eksport yang baik.

Selain dari negeri Terengganu, pejabat ini juga bertanggungjawab untuk menawarkan perkhidmatan bagi pengusaha-pengusaha di negeri Kelantan dan Pahang. Kebanyakan syarikat di sini terlibat di dalam pelbagai jenis industri khususnya minyak dan gas, teknologi maklumat dan komunikasi, pemprosesan makanan, tekstil serta produk pertanian seperti minyak kelapa sawit. Kesemua sektor ini mempunyai potensi eksport yang luas untuk pasaran antarabangsa. Dengan penubuhan pejabat agensi MITI iaitu SMIDEC, MIDA dan MATRADE di sini, bantuan yang diberikan oleh Kerajaan adalah lebih menyeluruh dari segi pembangunan IKS, perdagangan dan pelaburan.

Para hadirin sekalian,
Seperti mana yang tuan-tuan dan puan-puan sedia maklum, ekonomi dunia pada hari ini sedang mengalami kelembapan. Walaupun pelbagai inisiatif telah dirangka oleh Kerajaan bagi membantu pihak industri, namun syarikat-syarikat Malaysia perlu berusaha dengan lebih tekun dalam mengharungi keadaan ekonomi semasa. Di samping usaha yang gigih, aktiviti risikan pasaran adalah kritikal dalam mengekalkan pasaran yang sedia ada dan juga meningkatkan daya saing di peringkat antarabangsa.

Melalui 39 rangkaian pejabat di bandar-bandar perdagangan utama seluruh dunia, MATRADE menyediakan pelbagai kemudahan termasuk jaringan perdagangan dan maklumat pasaran agar pengeksport tempatan lebih berdaya saing dalam bidang eksport. Selain itu, MATRADE juga menyediakan bantuan kewangan yang dikenali sebagai Geran Pembangunan Pasaran (MDG) bertujuan untuk terus membantu syarikat-syarikat tempatan dalam menyertai aktiviti-aktiviti promosi di dalam dan luar negara.

Untuk membantu syarikat-syarikat dalam keadaan krisis ekonomi semasa, MATRADE telah mengambil tindakan untuk memperluas dan melonggarkan skop MDG seperti berikut:
i. Meningkatkan kelayakan maksima bagi penyediaan bahan-bahan promosi syarikat daripada RM30,000 kepada RM100,000.
ii. Menaikkan kelayakan tuntutan bagi kos penginapan dan tiket penerbangan daripada seorang kepada dua orang bagi syarikat dan persatuan serta dewan perniagaan.
iii. Menaikkan kelayakan tuntutan bagi kos pembinaan dan penambahbaikan gerai daripada 50% kepada 100% daripada kos layak penyewaan gerai.
iv. Membenarkan tuntutan kos penyertaan di dalam Pusat Pameran Eksport Malaysia (MEEC) di Ibu Pejabat MATRADE.
v. Menaikkan kadar maksima geran untuk pengiklanan dalam direktori pameran bagi penyertaan pameran perdagangan dalam negara dari RM500 ke RM1000.
vi. Lawatan ke atas pelanggan berpotensi sebagai susulan kepada aktiviti-aktiviti promosi sebelumnya bagi tujuan merealisasikan peluang perniagaan.
vii. Pengecualian bayaran sebanyak 50% bagi penyertaan dalam aktiviti-aktiviti promosi MATRADE di dalam dan luar negara.

Justeru itu, syarikat-syarikat Malaysia adalah digesa untuk menggunakan kemudahan yang disediakan oleh MATRADE dalam usaha untuk menembusi pasaran di peringkat antarabangsa yang semakin kompetitif.

Bagi tahun 2009, MATRADE telah merancang pelbagai aktiviti promosi perdagangan di seluruh dunia. Program-program ini merangkumi Rombongan Galakkan Perdagangan, Pameran Perdagangan dan Misi Pemasaran Khusus yang dirangka selepas mengambil kira sentimen pasaran setempat, keadaan ekonomi dunia dan keupayaan syarikat Malaysia. MATRADE juga melalui programnya akan meneroka pasaran bukan tradisional seperti Asia Barat, China, India, Rusia dan Brazil.

Bagi syarikat yang terlibat dalam perniagaan berasaskan makanan, Pameran Perdagangan seperti GULFOOD, FOODEX JAPAN dan FINEFOOD AUSTRALIA adalah landasan yang sesuai bagi memperluaskan pasaran produk Malaysia di peringkat antarabangsa. MATRADE juga menganjurkan pameran MIHAS yang menampilkan pelbagai produk dan perkhidmatan halal Malaysia ke pasaran antarabangsa. Bersempena dengan pameran ini, MATRADE membawa pembeli dari seluruh pelusuk dunia untuk digandingkan dengan keupayaan syarikat Malaysia di bidang yang berkenaan. Pada tahun ini, MIHAS akan diadakan dari 6 hingga 10 Mei di Pusat Pameran dan Konvensyen MATRADE Kuala Lumpur.

Adalah hasrat Kerajaan melalui MATRADE untuk meningkatkan bilangan syarikat tempatan yang mempunyai keupayaan menerokai pasaran eksport. Oleh yang demikian, saya ingin menyeru lebih banyak penyertaan dari syarikat-syarikat di Wilayah Timur ini supaya berdaftar dengan MATRADE. Selain daripada menerima maklumat perdagangan, syarikat-syarikat ini akan dibimbing supaya menjadi pengeksport yang berwibawa di pasaran global. Untuk makluman, sejumlah 319 syarikat dari negeri Terengganu, Kelantan dan Pahang telah berdaftar dengan MATRADE setakat ini. Bilangan ini adalah kecil jika dibandingkan dengan sejumlah lebih 14,000 syarikat yang telah berdaftar dengan MATRADE.

Adalah menjadi harapan saya supaya syarikat-syarikat di negeri Terengganu akan menggunakan sepenuhnya perkhidmatan yang disediakan oleh pejabat MATRADE di Wilayah Timur ini dan menyertai segala program dan aktiviti galakan yang dijalankan dari masa ke semasa. Syarikat-syarikat juga digalakkan untuk memberikan sebarang maklum balas yang dapat meningkatkan mutu perkhidmatan kepada pelanggan.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
Akhir kata, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas kepada MATRADE atas pembukaan pejabat Wilayah Timur ini. Saya yakin bahawa pejabat ini dapat menyampaikan perkhidmatan tambah nilai demi manfaat para pengeksport tempatan.
Oleh itu, dengan lafaz bismillahi rahmaani rahim, sukacitanya saya merasmikan pembukaan pejabat MATRADE Wilayah Timur.Sekian, terima kasih.

Rujukan: www.miti.gov.my

Sunday, February 8, 2009

Brassware & Batik Handicraft : Wanisma Craft and Trading

Started by Was Ismail, a brassware businessman in about 50 years ago and inherited by his wife, a batik businesswoman who later bequeathed the business to their children.

The owner now is their son, Wan Mahadi bin Wan Ismail who continued the family business since 1980s’. Wanisma Craft and Trading has become the largest brassware enterprises in Terengganu and also in Malaysia.


brassware making process


another handicraft by Wanisma Craft : Batik Blok (block batik)


finished brassware products


products / Services offered
  • Brassware - betel nut chest (tepak sirih), cooking wares, teko, keris and other brassware for souvenirs
  • Batik crafts - batik sarong
  • Handicrafts made from screw pine leaves (mengkuang).

Contact details:

(Showroom)
No. 32, Ladang Sekolah
Jalan Sultan Zainal Abidin
20000 Kuala Terengganu
Terengganu Darul Iman

(Factory)
Kilang Batik Kampung Gong Nangka,
Marang, Terengganu


Tel : 09 – 6223311 / 019 – 9837910
Fax : 09 - 6223311
email : info@wanisma.com
website : www.wanisma.com

by : Siti 'Aisyah Nadiah Hasdi
Practical Trainee
MATRADE Wilayah Timur

Wednesday, February 4, 2009

Cengal Handcraft : Senikayu Warisan

Established in year 2002, Senikayu Warisan introduce the exotic traditional Malay and Asian Handcraft Timber such as Kerawan, Awan Larat out of specially selected tropical hardwood especially Cengal that known as the best Malaysian hardwood.


Senikayu Warisan have a mission to be:
  • The leader of Cengal Timber Craft producer
  • The trendsetter in outdoor Hardwood timber product
En. Burhan Haji Ashari, Marketing Director of Senikayu Warisan giving the explaination about their product manufactured.



Product design produce by skilled craftmen





Supplying the best quality of product at affordable price and costumised products even to please the disceming taste, be it Traditional, Ethnic, or just plain basic, to enhance your home & Gardens.




Product offered:
  1. Home Accessories : Décor Panel, Lebah Bergantung, Khat, Flower Box, Book Shelf, Lamp Stand, Folding Screen, Khat
  2. Outdoors : Pegola, Pintu Melayu, Kolam
  3. Patio : Bendahara, Permaisuri, Maharani, Puteri, Putera

Contact Details:
Product Manufactured by
MP Garden Craft Sdn. Bhd
Lot Kedua D 974,
Jalan Pulau Rusa,
20500 Kuala Terengganu
Tel : 09-6223614
Fax : 09-6234300
Product Marketed by
Senikayu Warisan Garden Gallery
Laman Atika's Songket
Jalan Pulau Rusa,
20500 Kuala Terengganu
Tel: 09-623 4545
Fax: 09-623 4300


by:
Wan Rohanizan Wan Muda
Practical Trainee

Sunday, February 1, 2009

MDG Review.

Simposium Usahawan Bumiputra MIDF, Hotel Renaissance Kota Bharu, 7 Februari 2009

Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF) akan menganjurkan Simposium Usahawan Bumiputera MIDF 2009 di Hotel Renaissance, Kota Bharu pada 7 Februari 2009. Simposium berkenaan akan dirasmikan oleh YB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia.

MATRADE akan turut hadir bagi menyampaikan kertas bertajuk "Menerokai Pasaran Eksport". Agensi yang akan turut sama membentangkan kertas kerja ialah MIDF, Perbadanan Pembanguanan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC), Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) serta Yayasan Tekun Nasional.

Untuk maklumat lanjut mengenai simposium berkenaan, sila hubungi Puan Julia seperti butiran berikut:

Juliaizwanisharnur Jasmi (Julia)
Marketing, Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF-DFD)
Level 15 | Menara MIDF | 82 Jalan Raja Chulan | 50200 Kuala Lumpur | Malaysia
General Line: +603-21738888 ext. 1896 | Direct: +603-27721896 | Facsimile: +603-27721911
E-mail: juliaizwani@midf.com.my | http://www.midf.com.my

Syarikat Wilayah Timur Disaran Mendaftar Dengan Matrade

KUALA TERENGGANU, 15 Jan (Bernama) -- Syarikat di negara ini disaran menggunakan kemudahan yang disediakan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dalam usaha menembusi pasaran antarabangsa yang semakin kompetitif, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata menerusi 39 rangkaian pejabat di bandar-bandar perdagangan utama seluruh dunia, MATRADE menyediakan pelbagai kemudahan, termasuk jaringan perdagangan dan maklumat pasaran, supaya pengeksport tempatan lebih berdaya saing dalam bidang eksport.

"Menjadi hasrat kerajaan melalui MATRADE untuk meningkatkan bilangan syarikat tempatan yang mempunyai keupayaan meneroka pasaran eksport. Oleh yang demikian, saya berharap lebih banyak penyertaan dari syarikat di Wilayah Timur berdaftar dengan MATRADE.

"Selain daripada menerima maklumat perdagangan, syarikat ini akan dibimbing menjadi pengeksport yang berwibawa di pasaran global. Sejumlah 319 syarikat dari Terengganu, Kelantan dan Pahang telah berdaftar dengan MATRADE. Bilangan itu masih kecil jika dibandingkan dengan sejumlah 14,000 syarikat yang telah berdaftar dengan perbadanan itu," katanya.



Beliau berkata demikian semasa merasmikan Pejabat MATRADE Wilayah Timur, di sini, hari ini. Teks ucapannya dibacakan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Liew Vui Keong.

Muhyiddin berkata pejabat MATRADE Wilayah Timur akan membantu pengeksport Malaysia menceburi pasaran global melalui penyebaran maklumat dan risikan pasaran serta program promosi.

Muhyiddin berkata pembukaan pejabat wilayah timur itu menunjukkan komitmen kerajaan untuk membantu pengeksport tempatan, terutama dari negeri Terengganu, untuk terus memasarkan produk serta perkhidmatan mereka ke luar negara.

"Walaupun dalam keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu, kerajaan melalui MATRADE meneruskan inisiatifnya untuk mengembangkan rangkaian di kawasan pantai timur yang merangkumi negeri Pahang, Terengganu dan Kelantan.

"Pembukaan pejabat di Terengganu ini mencerminkan potensi negeri ini dari segi industri, perdagangan, pelaburan dan pelancongan, selain kekayaan sumber aslinya," kata beliau.

Selain di Kuala Terengganu, MATRADE kini mempunyai lima cawangan di seluruh negara iaitu Pulau Pinang, Johor, Kota Kinabalu, Sabah, dan Kuching, Sarawak.

Menurut beliau, beberapa kemudahan dan inisiatif akan disediakan MATRADE kepada komuniti perniagaan di wilayah timur, seperti akses kepada peluang dalam pasaran tradisional serta pasaran baru, risikan perniagaan terkini dan maklumat pasaran dalam media cetak serta elektronik serta memudahkan penyertaan syarikat di Wilayah Timur dalam aktiviti promosi perdagangan luar negara.

"Kemampuan syarikat Terengganu bukan terhad kepada sektor tradisi sahaja malah merangkumi peluang-peluang mengeksport barangan bukan tradisi dan bernilai tinggi seperti teknologi maklumat dan komunikasi serta perkhidmatan pembinaan.

"Dalam Perancangan projek Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER), sektor yang akan dibangunkan selain minyak dan gas, termasuk sektor perkilangan, pertanian, pelancongan dan pendidikan. Kesemua sektor ini mempunyai potensi eksport yang baik," katanya.



Muhyiddin berkata dalam usaha menggalakkan syarikat Malaysia menyertai aktiviti promosi di pasaran tempatan dan antarabangsa dalam menangani kelembapan ekonomi global, MATRADE telah mengambil tindakan memperluaskan dan melonggarkan skop Geran Pembangunan Pasaran (MDG), antaranya meningkatkan kelayakan maksimum bagi penyediaan bahan promosi syarikat daripada RM30,000 kepada RM100,000.

Selain itu, MATRADE juga menaikkan kelayakan tuntutan bagi kos penginapan dan tiket penerbangan dari seorang kepada dua orang bagi syarikat dan persatuan serta dewan perniagaan serta menaikkan kelayakan tuntutan bagi kos pembinaan dan penambahbaikan gerai daripada 50 peratus kepada 100 peratus, daripada kos layak penyewaan gerai.

-- BERNAMA