Tarikh : 24 Jun 2014 (Selasa)
Masa : 8.30 pagi – 5.00 petangTempat : M.S. Garden Hotel,
Lot 5 &10 Lorong Gambut
Off Jalan Beserah,
25300 Kuantan, Pahang.
Tel: 09-5177899
Objektif program ini
adalah untuk memaklumkan kepada usahawan dan pengeksport tempatan khususnya
dari Pantai Timur mengenai perkhidmatan,
kemudahan, program serta aktiviti MATRADE terkini. Program ini juga bertujuan
untuk mendapatkan maklumbalas serta mengetahui masalah serta isu-isu semasa
berkaitan perdagangan antarabangsa di dalam usaha berterusan MATRADE untuk
memperkasakan pengeksport dan usahawan Malaysia ke pasaran global. Mereka juga
boleh berkongsi pengalaman dengan syarikat-syarikat yang telah berjaya
mengeksport.
Program ini juga akan
disertai oleh beberapa agensi kerajaan seperti MITI, MIDA, MIDF, EXIM Bank, MPC, HDC, SME Bank, dan SME
Corp. Para peserta boleh berinteraksi dengan mereka di kaunter informasi yang
akan dibuka pada hari tersebut sehingga jam 5.00 petang.
Penyertaan adalah PERCUMA. Sekiranya berminat, sila kembalikan borang pendaftaran yang telah lengkap diisi melalui faks di talian 09-624 0778 atau email kepada zulkhairee@matrade.gov.my / afikah@matrade.gov.my sebelum atau pada 13 Jun 2014 (Jumaat). Sebarang pertanyaan sila hubungi En. Mohd Mohd Zulkhairie Effendie Mohd Zain / Pn. Nor Afikah Abdullah di talian 09-624 4778.
Untuk mendapatkan borang penyertaan dan agenda program, sila klik link
berikut: https://app.box.com/s/8ejrab0zu289zl5mc13m
Sekian, terima kasih.
MATRADE Wilayah Timur
Tel: 09-624 4778
Fax: 09-624 0778
Website: http://www.matrade.gov.my/
Blog: http://matradewilayahtimur.blogspot.com/
Facebook: https://www.facebook.com/pages/MATRADE-Wilayah-Timur/154101524621964
No comments:
Post a Comment