Monday, November 24, 2014

PERHATIAN !!!

PEMBATALAN: 
PENGANJURAN PROGRAM EXPORTERS FORUM KUALA TERENGGANU, TERENGGANU, 3 DISEMBER 2014 

Dukacita dimaklumkan bahawa disebabkan kehadiran musim tengkujuh dan kemungkinan banjir di negeri-negeri Pantai Timur, MATRADE terpaksa MEMBATALKAN Program Eksporter Forum di Primula Beach Hotel pada 3 Disember 2014.

Namun, pihak MATRADE merancang untuk meneruskan program tersebut pada tahun 2015 dengan tarikh dan lokasi yang akan dimaklumkan kemudian.

Kami memohon maaf di atas pembatalan ini dan segala kesulitan adalah amat dikesali.

Sekian, terima kasih

Wednesday, November 19, 2014

Jemputan ke Program Exporters Forum 2014, Primula Beach Resort, Kuala Terengganu, 3 Disember 2014

JEMPUTAN KE PROGRAM EXPORTERS FORUM 2014 
PRIMULA BEACH HOTEL KUALA TERENGGANU, TERENGGANU 
3 DISEMBER 2014


Sukacita dimaklumkan bahawa MATRADE akan menganjurkan satu Exporters Forum di Kuala Terengganu sebagaimana butiran berikut:

                    Tarikh      :  3 Disember 2014 (Rabu)
                    Masa        :  8.30 pagi – 5.30 petang
                    Tempat    :  Dewan Gamelan1,2 & 3,
              Hotel Primula Beach, Kuala Terengganu,
                                      Terengganu
           
Objektif program Exporters Forum di Kuala Terengganu, Terengganu ini adalah bertujuan untuk:-

  • menyebar maklumat terkini berkaitan aktiviti-aktiviti  MATRADE dan perkhidmatan yang disediakan;
  • mendapat maklumbalas daripada para usahawan dan pengeksport bagi mengenalpasti masalah serta isu-isu semasa berkaitan perdagangan antarabangsa; dan
  • berkongsi pengalaman bersama dengan syarikat-syarikat Terengganu yang telah berjaya meneroka pasaran eksport.




Program ini turut disertai oleh beberapa agensi kerajaan seperti Malaysian Standards (MS), EXIM Bank dan JAKIM. Para peserta boleh berinteraksi dengan mereka semasa sesi Pocket Talk dan di kaunter informasi yang akan dibuka pada hari tersebut sehingga jam 5.30 petang.

Penyertaan adalah PERCUMA. Untuk mendapatkan aturcara dan borang pendaftaran, sila klik link berikut: 


Sekiranya berminat, sila kembalikan borang pendaftaran yang telah lengkap diisi melalui talian faksimili 09-624 0778 atau email kepada zulkhairee@matrade.gov.my / afikah@matrade.gov.my  sebelum atau pada  26 November 2014 (Rabu). Sebarang pertanyaan sila hubungi En. Mohd Zulkhairie Effendie Mohd Zain atau Pn. Nor Afikah Abdullah di talian 09-624 4778.


Sekian, terima kasih.

Tuesday, November 11, 2014

PERHATIAN !!!

PINDAAN TARIKH BAGI PROGRAM “EXPORTERS FORUM 2014” KOTA BHARU, KELANTAN,

Adalah dimaklumkan bahawa Program "Eksporters Forum 2014" yang dijadualkan pada 16 November 2014 telah DI PINDA KEPADA 3 DISEMBER 2014 (RABU). Namun, masa dan tempat bagi program tersebut adalah tidak berubah. Berikut adalah maklumat terkini bagi program tersebut untuk makluman.

Tarikh: 3 Disember 2014 (Rabu)
Masa: 8.30 pagi – 5.30 petang
Tempat: Dewan Bunga Emas,
              Hotel Perdana Kota Bharu
              15200 Kota Bharu, Kelantan.
              Tel: 09-7458888

Bagi syarikat yang telah membuat pendaftaran untuk program tersebut, pihak MATRADE akan mengekalkan senarai peserta yang telah diterima. Sekiranya terdapat sebarang perubahan atau pertambahan peserta, sila maklumkan kepada pihak MATRADE. Tarikh tutup pendaftaran bagi program ini juga dilanjutkan kepada 24 November 2014 (Isnin). 

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi En. Mohd Zulkhairie Effendie Mohd Zain / Pn. Nor Afikah Abdullah di talian 09-624 4778 atau email kepada zulkhairee@matrade / afikah@matrade.gov.my. Segala kesulitan amatlah dikesali.