Tuesday, June 2, 2015

Borang Pendaftaran Online Mini Exporter Forum MATRADE - Kuala Terengganu (9 Jun 2015) dan Kuantan (16 Jun 2015)

MATRADE masih mengalu-alukan penyertaan tuan / puan. Bagi pendaftaran online adalah seperti berikut:-


Flyer serta borang pendaftaran online pula adalah seperti berikut:-

 
Mini Eksporter Forum Kuala Terengganu - 9 June 2015.
 
 
Mini Eksporter Forum Pahang - 16 Jun 2015.
 
Borang Pendaftaran (melalui faks 09 - 624 0778 atau emel zulkhairiee@matrade.gov.my.
 
JUMPA ANDA DI SANA!


Monday, June 1, 2015

MINI EXPORTERS FORUM 2015 DI KUALA TERENGGANU DAN KUANTAN

Adalah dimaklumkan bahawa MATRADE akan menganjurkan Siri Program “Mini Exporters Forum” 2015 di Wilayah Timur seperti butiran berikut:-

a) Bagi Usahawan Di Negeri Kelantan Dan Terengganu
    Tarikh     :    9 Jun 2015 (Selasa)
    Masa       :    8.30 pagi – 5.30 petang
    Tempat   :    Terengganu Trade Centre (TTC)
                        Kuala Terengganu
 
    Tarikh Tutup Pendaftaran : 4 Jun 2015
Untuk mendapatkan surat jemputan, aturcara program dan borang pendaftaran, sila klik link berikut: https://app.box.com/s/2xdibm4mdtmtjcpzrmso6ylgga7ge8g3
 

b) Usahawan Di Kemaman dan Negeri Pahang
    Tarikh     :    16 Jun 2015 (Selasa)
    Masa       :    8.30 pagi – 5.30 petang 
    Tempat   :    Dewan Seminar, Kompleks Dagangan Mahkota 
                         Kuantan, Pahang 
    Tarikh Tutup Pendaftaran : 10 Jun 2015 (Rabu)
Untuk mendapatkan surat jemputan, aturcara program dan borang pendaftaran, sila klik link berikut: https://app.box.com/s/o8e9myzgvm5yd226gratn8q11e9w1ug3

Objektif program ini adalah untuk menerangkan kepada usahawan dan pengeksport tempatan khususnya dari Pantai Timur  berkenaan pelan pemasaran eksport termasuk strategi penetapan harga. Peserta juga akan dimaklumkan dengan program pembangunan pengeksport yang akan dianjurkan pada 2015 serta inisiatif terbaru MATRADE iaitu eTRADE yang mensasarkan peningkatan jualan eksport melalui portal e-dagang terkemuka dunia.

Penyertaan adalah PERCUMA. Sekiranya berminat, sila kembalikan borang pendaftaran yang telah lengkap diisi melalui faks di talian 09-624 0778 atau email kepada zulkhairee@matrade.gov.my / afikah@matrade.gov.my. Sila hubungi En. Mohd Zulkhairie Effendie Mohd Zain / Pn. Nor Afikah Abdullah di talian 09-624 4778 untuk sebarang pertanyaan.
   
Sekian, terima kasih.