Tuesday, October 27, 2015

JEMPUTAN KE PROGRAM “EXPORTERS FORUM 2015”, KOTA BHARU, KELANTAN, 15 NOVEMBER 2015 (AHAD)

Adalah dimaklumkan bahawa MATRADE akan menganjurkan Program “Exporters Forum” 2015 di Kota Bharu, Kelantan. Butiran program adalah seperti berikut:-

Tarikh         : 15 November 2015 (Ahad)
Masa           : 8.30 pagi – 5.00 petang
Tempat       : Hotel Grand Riverview
                  Kota Bharu, Kelantan

Penyertaan:   PERCUMA

Tarikh Tutup Pendaftaran: 6 Oktober 2015 (Jumaat)





Objektif program ini adalah untuk memaklumkan usahawan dan pengeksport tempatan khususnya dari negeri Kelantan mengenai perkhidmatan, kemudahan, program serta aktiviti MATRADE yang terkini. Program ini juga bertujuan untuk mendapatkan maklumbalas mengenai isu-isu semasa berkaitan perdagangan antarabangsa di dalam usaha berterusan MATRADE untuk memperkasakan pengeksport dan usahawan Malaysia ke pasaran global. Di samping itu, peserta-peserta juga berpeluang berkongsi pengalaman dengan syarikat-syarikat Kelantan yang telah berjaya mengeksport.

Untuk mendapatkan surat jemputan, aturcara program dan borang pendaftaran, sila klik pada link berikut:


Sekiranya berminat, sila kembalikan borang pendaftaran yang telah lengkap diisi kepada talian faksimili 09-624 0778 atau email kepada zulkhairee@matrade.gov.my / afikah@matrade.gov.my melalui talian faksimili 09-624 4778. 

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi En. Mohd Zulkhairie Effendie bin Mohd Zain atau Pn. Nor Afikah binti Abdullah ditalian 09-624 4778.

Sekian, terima kasih.