Monday, November 24, 2014

PERHATIAN !!!

PEMBATALAN: 
PENGANJURAN PROGRAM EXPORTERS FORUM KUALA TERENGGANU, TERENGGANU, 3 DISEMBER 2014 

Dukacita dimaklumkan bahawa disebabkan kehadiran musim tengkujuh dan kemungkinan banjir di negeri-negeri Pantai Timur, MATRADE terpaksa MEMBATALKAN Program Eksporter Forum di Primula Beach Hotel pada 3 Disember 2014.

Namun, pihak MATRADE merancang untuk meneruskan program tersebut pada tahun 2015 dengan tarikh dan lokasi yang akan dimaklumkan kemudian.

Kami memohon maaf di atas pembatalan ini dan segala kesulitan adalah amat dikesali.

Sekian, terima kasih

Wednesday, November 19, 2014

Jemputan ke Program Exporters Forum 2014, Primula Beach Resort, Kuala Terengganu, 3 Disember 2014

JEMPUTAN KE PROGRAM EXPORTERS FORUM 2014 
PRIMULA BEACH HOTEL KUALA TERENGGANU, TERENGGANU 
3 DISEMBER 2014


Sukacita dimaklumkan bahawa MATRADE akan menganjurkan satu Exporters Forum di Kuala Terengganu sebagaimana butiran berikut:

                    Tarikh      :  3 Disember 2014 (Rabu)
                    Masa        :  8.30 pagi – 5.30 petang
                    Tempat    :  Dewan Gamelan1,2 & 3,
              Hotel Primula Beach, Kuala Terengganu,
                                      Terengganu
           
Objektif program Exporters Forum di Kuala Terengganu, Terengganu ini adalah bertujuan untuk:-

  • menyebar maklumat terkini berkaitan aktiviti-aktiviti  MATRADE dan perkhidmatan yang disediakan;
  • mendapat maklumbalas daripada para usahawan dan pengeksport bagi mengenalpasti masalah serta isu-isu semasa berkaitan perdagangan antarabangsa; dan
  • berkongsi pengalaman bersama dengan syarikat-syarikat Terengganu yang telah berjaya meneroka pasaran eksport.




Program ini turut disertai oleh beberapa agensi kerajaan seperti Malaysian Standards (MS), EXIM Bank dan JAKIM. Para peserta boleh berinteraksi dengan mereka semasa sesi Pocket Talk dan di kaunter informasi yang akan dibuka pada hari tersebut sehingga jam 5.30 petang.

Penyertaan adalah PERCUMA. Untuk mendapatkan aturcara dan borang pendaftaran, sila klik link berikut: 


Sekiranya berminat, sila kembalikan borang pendaftaran yang telah lengkap diisi melalui talian faksimili 09-624 0778 atau email kepada zulkhairee@matrade.gov.my / afikah@matrade.gov.my  sebelum atau pada  26 November 2014 (Rabu). Sebarang pertanyaan sila hubungi En. Mohd Zulkhairie Effendie Mohd Zain atau Pn. Nor Afikah Abdullah di talian 09-624 4778.


Sekian, terima kasih.

Tuesday, November 11, 2014

PERHATIAN !!!

PINDAAN TARIKH BAGI PROGRAM “EXPORTERS FORUM 2014” KOTA BHARU, KELANTAN,

Adalah dimaklumkan bahawa Program "Eksporters Forum 2014" yang dijadualkan pada 16 November 2014 telah DI PINDA KEPADA 3 DISEMBER 2014 (RABU). Namun, masa dan tempat bagi program tersebut adalah tidak berubah. Berikut adalah maklumat terkini bagi program tersebut untuk makluman.

Tarikh: 3 Disember 2014 (Rabu)
Masa: 8.30 pagi – 5.30 petang
Tempat: Dewan Bunga Emas,
              Hotel Perdana Kota Bharu
              15200 Kota Bharu, Kelantan.
              Tel: 09-7458888

Bagi syarikat yang telah membuat pendaftaran untuk program tersebut, pihak MATRADE akan mengekalkan senarai peserta yang telah diterima. Sekiranya terdapat sebarang perubahan atau pertambahan peserta, sila maklumkan kepada pihak MATRADE. Tarikh tutup pendaftaran bagi program ini juga dilanjutkan kepada 24 November 2014 (Isnin). 

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi En. Mohd Zulkhairie Effendie Mohd Zain / Pn. Nor Afikah Abdullah di talian 09-624 4778 atau email kepada zulkhairee@matrade / afikah@matrade.gov.my. Segala kesulitan amatlah dikesali.

Wednesday, October 29, 2014

PROGRAM EXPORTERS FORUM KELANTAN 2014, HOTEL PERDANA KOTA BHARU, 16 NOVEMBER 2014




JEMPUTAN KE PROGRAM “EXPORTERS FORUM 2014”
KOTA BHARU, KELANTAN
16 NOVEMBER 2014


Adalah dimaklumkan bahawa MATRADE akan menganjurkan Program “Exporters Forum” di Kota Bharu, Kelantan. Butiran program adalah seperti berikut:-


Tarikh:      16 November 2014 (Ahad)

Masa:        8.30 pagi – 5.30 petang

Tempat:    Dewan Bunga Emas,

                 Hotel Perdana Kota Bharu

                 15200 Kota Bharu, Kelantan.

                 Tel:     09-7458888

          
 Objektif program ‘Exporters Forum’ di Kota Bharu, Kelantan ini adalah bertujuan untuk:-

a)  menyebar maklumat terkini berkaitan aktiviti-aktiviti  MATRADE dan perkhidmatan yang disediakan;

b) mendapat maklumbalas daripada para usahawan dan pengeksport bagi mengenalpasti masalah serta isu-isu semasa berkaitan perdagangan antarabangsa; dan

c) berkongsi pengalaman bersama dengan syarikat-syarikat Kelantan yang telah berjaya meneroka pasaran eksport.



Program ini turut disertai oleh beberapa agensi kerajaan seperti Malaysian Standards (MS), EXIM Bank dan JAKIM. Para peserta boleh berinteraksi dengan mereka semasa sesi Pocket Talk dan di kaunter informasi yang akan dibuka pada hari tersebut sehingga jam 5.30 petang.

Penyertaan adalah PERCUMA. Untuk mendapatkan surat jemputan, aturcara program dan borang pendaftaran, sila klik link berikut: 

Sila kembalikan borang pendaftaran yang telah lengkap diisi melalui talian faksimili 09-624 0778 atau email kepada zulkhairee@matrade.gov.my / afikah@matrade.gov.my  sebelum atau pada  9 November 2014 (Ahad). Sebarang pertanyaan sila hubungi En. Mohd Zulkhairie Effendie Mohd Zain atau Pn. Nor Afikah Abdullah di talian 09-624 4778.



Sekian, terima kasih.

Wednesday, June 4, 2014

JEMPUTAN KE PROGRAM “EXPORTERS FORUM 2014” MATRADE, KUANTAN, PAHANG, 24 JUN 2014

Adalah dimaklumkan bahawa MATRADE akan menganjurkan Program “Exporters Forum” di Kuantan, Pahang. Butiran program adalah seperti berikut:-

Tarikh        :        24 Jun 2014 (Selasa)
Masa          :        8.30 pagi – 5.00 petang
Tempat      :        M.S. Garden Hotel,
                            Lot 5 &10 Lorong Gambut
                            Off Jalan Beserah,
                            25300 Kuantan, Pahang.
                           Tel: 09-5177899

Objektif program ini adalah untuk memaklumkan kepada usahawan dan pengeksport tempatan khususnya dari Pantai Timur  mengenai perkhidmatan, kemudahan, program serta aktiviti MATRADE terkini. Program ini juga bertujuan untuk mendapatkan maklumbalas serta mengetahui masalah serta isu-isu semasa berkaitan perdagangan antarabangsa di dalam usaha berterusan MATRADE untuk memperkasakan pengeksport dan usahawan Malaysia ke pasaran global. Mereka juga boleh berkongsi pengalaman dengan syarikat-syarikat yang telah berjaya mengeksport.

 



Program ini juga akan disertai oleh beberapa agensi kerajaan seperti MITI, MIDA,  MIDF, EXIM Bank, MPC, HDC, SME Bank, dan SME Corp. Para peserta boleh berinteraksi dengan mereka di kaunter informasi yang akan dibuka pada hari tersebut sehingga jam 5.00 petang.
 
Penyertaan adalah PERCUMA. Sekiranya berminat, sila kembalikan borang pendaftaran yang telah lengkap diisi melalui faks di talian 09-624 0778 atau email kepada zulkhairee@matrade.gov.my / afikah@matrade.gov.my sebelum atau pada 13 Jun 2014 (Jumaat). Sebarang pertanyaan sila hubungi En. Mohd Mohd Zulkhairie Effendie Mohd Zain / Pn. Nor Afikah Abdullah di talian 09-624 4778.

Untuk mendapatkan borang penyertaan dan agenda program, sila klik link berikut: https://app.box.com/s/8ejrab0zu289zl5mc13m

Sekian, terima kasih.

MATRADE Wilayah Timur
Tel: 09-624 4778
Fax: 09-624 0778
Website: http://www.matrade.gov.my/
Blog: http://matradewilayahtimur.blogspot.com/
Facebook:
https://www.facebook.com/pages/MATRADE-Wilayah-Timur/154101524621964