Saturday, August 1, 2009

Bilangan pengeksport bumiputera kecil

ARKIB : 29/07/2009

Bilangan pengeksport bumiputera kecil

KUALA TERENGGANU 28 Julai – Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) akan lebih proaktif merapatkan jurang jumlah pengeksport antara negeri-negeri yang terlalu ketara ketika ini.


Terdapat 15,026 pengeksport di seluruh negara yang berdaftar dengan Matrade dan Pantai Timur hanya mempunyai kira-kira 300 pengeksport termasuk Terengganu seramai 101 pengeksport.

Pengarah Bahagian Pembangunan Pengeksport Matrade, Md. Silmi Abd. Rahman berkata, kebanyakan pengeksport adalah bukan bumiputera yang beroperasi di Lembah Klang selain Johor Bahru dan Pulau Pinang.


“Daripada 15,026 pengeksport di seluruh negara, 11 peratus adalah bumiputera.
“Jadi Matrade akan berusaha untuk merapatkan jurang yang sangat ketara itu,” katanya selepas merasmikan majlis Taklimat dan Konsultasi Kepada Pengeskport di sini hari ini.
Majlis itu disertai seramai 86 pengeksport dari Terengganu, Pahang dan Kelantan. Turut hadir, Pengarah Matrade Wilayah Timur, Hasziah Mohd. Yazid.


Md. Silmi berkata, pihaknya sedang dan akan mengadakan beberapa program termasuk menghantar pegawainya turun padang dalam usaha menyemai kesedaran di kalangan pengeksport untuk bergiat lebih aktif.


Utusan Malaysia Online

No comments:

Post a Comment