Ruj Tuan:
Ruj Kami: MT/BPP/2/11-14
YBhg. Datuk / Dato’ / Tuan / Puan,
PROGRAM MATRADE BERSAMA USAHAWAN DAN PENGEKSPORT
Saya dengan segala hormatnya, diarah merujuk perkara di atas.
2. Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) berbesar hati menjemput YBhg. Datuk / Dato’ / Tuan / Puan ke program MATRADE Bersama Usahawan seperti berikut:-
TARIKH : 29 Jun 2011 (Rabu)
MASA : 8.00 pg – 4.30 ptg
TEMPAT : Primula Beach Resort
Jalan Persinggahan,
20400 Kuala Terengganu
Tel: 09-622 2100
3. Objektif program tersebut adalah bagi memaklumkan kepada usahawan dan pengeksport tempatan tentang fungsi, aktiviti dan bantuan yang disediakan oleh MATRADE. Selain itu, peserta juga berpeluang untuk berinteraksi dengan agensi-agensi Kementerian Perdaganga Antarabangsa dan Industri seperti SME Bank, SME Corp, Halal Industri Development Corporation (HDC) dan lain-lain pada sesi klinik perdagangan. Aturcara program tesebut dilampirkan untuk rujukan.
4. Penyertaan adalah percuma. Sila kembalikan borang pendaftaran yang telah lengkap ke nombor faks 03-6203 7253 selewat-lewatnya pada 27 Jun 2011 (Isnin). Sebarang pertanyaan bolehlah diajukan kepada En. Mohd Nazri di talian 03-6207 7645 (nazri.razak@matrade.gov.my) atau En. Khairul Anuar di talian 03-6207 7644 (anuark@matrade.gov.my).
Sekian, terima kasih.
Saifuddin Khalid
(SAIFUDDIN KHALID)
Bah. Pembangunan Pengeksport
b.p. Ketua Eksekutif MATRADE
ATURCARA PROGRAM
0830 PENDAFTARAN
0930 UCAPAN PERASMIAN
YBHG. DATO’ ZAKARIA KAMARUDIN
PENGARAH KANAN, BAH. PEMBANGUNAN PENGEKSPORT
MATRADE
0950 PEMBENTANGAN / TAKLIMAT :
PELUANG MENEROKA PASARAN EKSPORT BERSAMA MATRADE oleh MATRADE
DANA BANTUAN BAGI AKTIVITI PROMOSI EKSPORT oleh MATRADE
PRODUK KEWANGAN UNTUK PERDAGANGAN ANTARABANGSA oleh Exim Bank, Malaysia
PENGALAMAN MENEROKA PASARAN EKSPORT oleh Madura Industries Sdn. Bhd.
1200 SESI DIALOG BERSAMA MATRADE
1245 MAKAN TENGAH HARI
1400 SESI KLINIK PERDAGANGAN
MATRADE
SME Corporation
SME Bank
Halal Development Corporation
MIDA
Malaysia Productivity Corporation
Sirim QAS International
Exim Bank
Kontena Nasional
MIDF
Institut Keusahawanan Negara
TPM Biotech Sdn. Bhd.
1600 PROGRAM TAMAT
No comments:
Post a Comment