MATRADE pelawa PKS lawat TPM Biotech
Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) Wilayah Timur mempelawa usahawan terutama pengusaha kesil dan sederhana (PKS) di Pantai Timur menyertai lawatan ke TPM Biotech Sdn Bhd (TPM Biotech) di Raub, Pahang, pada 27 Julai ini.
Pengarah Matrade Wilayah Timur, Hasziah Mohd Yazid berkata, lawatan itu bertujuan meninjau kemudahan terutama dalam bidang makanan kesihatan, nutraseutikal dan kosmetik. Pusat itu juga menyediakan perkhidmatan analisis makmal.
“Khidmat ditawarkan TPM Biotech penting dalam membantu usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) sekiranya ingin meluaskan atau melebarkan pasaran produk mereka ke peringkat antarabangsa,” katanya.
Menurutnya, TPM Biotech juga membantu dari segi persijilan halal atau Amalan Pengilangan Baik.
Menurutnya, lawatan itu terbuka kepada usahawan, sama ada dari Terengganu, Kelantan atau Pahang, di Pantai Timur terdapat ramai usahawan herba dan kesihatan, namun perusahaan itu dijalankan secara kecil-kecilan.
Hasziah berkata, lawatan berkenaan boleh dijadikan jalan pintas untuk usahawan mengintai pasaran lebih besar.
- SINAR HARIAN
No comments:
Post a Comment