Sunday, October 9, 2011

Bengkel 12 Langkah Pengeksport Berjaya, Hotel Riverview Kota Bharu, 19 November 2011

Tuan/Puan,

BENGKEL “THE 12 STEPS TO SUCCESSFUL EXPORTING (12 LANGKAH UNTUK PENGEKSPORT BERJAYA)”

Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dengan berbesar hati ingin menjemput tuan/puan ke “Bengkel The 12 Steps To Successful Exporting (12 Langkah Untuk Pengeksport Berjaya)”. Maklumat lanjut adalah seperti berikut:-

Tarikh : 19 Oktober 2011 (Rabu)
Masa : 9.00 am – 3.30 pm
Tempat : GRAND RIVERVIEW Hotel
Jalan Post Office Lama
Kota Bharu, Kelantan

2. Bengkel ini diadakan bertujuan untuk memberi bimbingan dan pengetahuan yang lebih mendalam kepada para pengeksport Malaysia tentang bagaimana untuk menjadi seorang pengeksport yang berjaya terutamanya dalam mengendalikan hal ehwal perniagaan di dalam dan luar negara. Sila lihat program yang dilampirkan.



3. Penceramah yang akan mengendalikan bengkel ini ialah Encik A.B. Teoh, EXIM - Export-Import Consultant. Beliau adalah seorang Penceramah Kanan di salah sebuah universiti di Kuala Lumpur yang juga merupakan seorang penulis buku bertajuk “Exporting and International Trade”. Beliau merupakan penulis rencana tetap TRADEMART – iaitu sebuah majalah untuk pengeksport yang diterbitkan oleh MATRADE. Beliau mendapati bahawa “The 12 Steps To Successful Exporting (12 Langkah untuk Pengeksport Berjaya)” merupakan sebuah program yang sangat berguna terutamanya untuk para pengekport Malaysia. Encik AB Teoh juga merupakan penceramah yang sering dijemput oleh MATRADE terutamanya di dalam pengendalian program-program untuk para pengeksport Malaysia. Beliau juga seorang yang berpengalaman luas dan telah berkecimpung dalam bidang eksport selama 25 tahun di dalam dan luar negara.

4. Yuran penyertaan untuk seminar ini adalah PERCUMA. Sekiranya berminat, tuan / puan boleh menfaks kembali Borang Permohonan seperti di Lampiran 2 yang lengkap diisi ke talian faks 09 – 624 0778. Pendaftaran juga boleh dibuat melalui Online Registration seperti capaian berikut : http://www.matrade.gov.my/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.section.Section_Online_ETP . Tarikh tutup penyertaan adalah pada Ahad, 16 Oktober 2011. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Puan Nor Afikah Abdullah / En. Mohd. Zulkhairie Effendie di tel: 09 – 624 4778.

Lampiran 1: Surat Jemputan
Lampiran 2: Borang & Aturcara

No comments:

Post a Comment