Sunday, April 15, 2012

JEMPUTAN SEMINAR EKSPO CHINA-ASEAN (CAEXPO 2012) KE 9, NANNING, CHINA 21 – 25 SEPTEMBER 2012 DI PRIMULA BEACH RESORT, 19 APRIL 2012

Y.Bhg. Dato’ / Tuan / Puan,

JEMPUTAN SEMINAR EKSPO CHINA-ASEAN (CAEXPO 2012) KE 9, NANNING, CHINA 21 – 25 SEPTEMBER 2012 DI PRIMULA BEACH RESORT, 19 APRIL 2012

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Ekspo China-ASEAN (CAEXPO 2012) ke 9 akan diadakan di Bandar Nanning, Wilayah Autonomous Guangxi Zhuang, China pada 21 – 25 September 2012. CAEXPO adalah acara tahunan semenjak 2004 dengan objektif mempromosikan Kawasan Perdagangan Bebas China – ASEAN (CAFTA). Ekspo ini telah diakreditasikan sebagai platform yang penting bagi mempromosikan kerjasama di antara China dan Malaysia dalam bidang perdagangan dan pelaburan. Tema CAEXPO 2012 adalah “Science and Technology Cooperation”.

2. MATRADE sebagai agensi utama promosi eksport Malaysia turut bersama mengkoordinasi penyertaan 140 pengeksport-pengeksport Malaysia dalam Pameran CAEXPO ke 8 pada tahun 2011. Untuk tahun 2012, bagi menggalakkan lebih banyak penyertaan dalam CAEXPO ke 9, MATRADE berkerjasama dengan Sekretariat CAEXPO daripada Nanning dalam menganjurkan siri jelajah Seminar Promosi di seluruh Malaysia termasuk di Terengganu bagi mempromosikan CAEXPO 2012.

3. Oleh yang sedemikian, MATRADE ingin menjemput Y.Bhg. Dato’ / Tuan / Puan untuk menghadiri taklimat selama setengah hari mengenai CAEXPO 2012 yang akan diadakan pada butiran di bawah:

Tarikh 19 April 2012 (Khamis) @ 9.30 am – 12.00 tgh
Tempat Dewan Seminar, Primula Beach Resort, Terengganu
Masa 9.30 am - 12.00 pm (Rujuk lampiran untuk agenda)

4. Kami berharap Y.Bhg. Dato’/ Tuan / Puan dapat turut menghadiri taklimat tersebut. Untuk organisasi serta dewan-dewan perniagaan, kerjasama adalah amat dihargai dalam memanjangkan jemputan ini kepada ahli-ahli memandangkan eskpo ini dapat membantu dalam perkembangan perniagaan serta jalinan perhubungan ataupun “networking”. Penyertaan adalah percuma dan tarikh akhir pendaftaran adalah pada 15 April 2012. Klik sini untuk borang dan agenda.

5. Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi En. Mohd Zulkhairie / Puan Nor Afikah Abdullah (09 – 624 4778), email: zulkhairiee@matrade.gov.my / afikah@matrade.gov.my ).

Terima kasih.

Berkhidmat Untuk Negara,


(HASZIAH MOHD YAZID)
Pengarah MATRADE Wilayah TIMUR

No comments:

Post a Comment