Saturday, March 21, 2015

INVITATION FOR INCOMING BUYING MISSION - STRENGTHENING BUSINESS TIES IN ASEAN THROUGH MIHAS 2015






Tuan / Puan,

Sejak tahun 2003, Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) telah menjadi platform pilihan bagi industri berasaskan halal untuk melancarkan promosi produk dan servis bertaraf antarabangsa. MIHAS telah berjaya mengumpulkan rakan perniagaan dari seluruh dunia di satu tempat yang sama untuk melibatkan diri dan mengukuhkan hubungan perniagaan di samping mengenal pasti peluang-peluang perdagangan yang menarik dalam pasaran produk halal. 

Pada tahun ini MATRADE sekali lagi akan mengadakan sesi Pemadanan Perniagaan Antarabangsa (International Business Matching) atau singkatannya IBM bersempena dengan MIHAS 2015. Pada tahun 2014, IBM - MIHAS telah menarik 370 syarikat asing dengan 532 wakil dari 41 buah negara. Sebanyak 2,942 pertemuan perniagaan telah dijalankan dengan penyertaan daripada syarikat-syarikat daripada  471 Malaysia, yang menjana jumlah jualan RM 477.200.000. 

Sehubungan dengan itu, tuan / puan dijemput untuk menyertai IBM-MIHAS 2015 yang akan berlangsung pada 31 Mac 2015 (Selasa) bermula pada pukul 10.00 pagi hingga 5.00 petang yang akan melibatkan 78 syarikat pembeli daripada luar Malaysia. Sekiranya pihak tuan / puan berminat untuk menyertai sesi ini, sila isi dan lengkapkan borang permohonan yang telah disertakan bersama-sama email ini. Tarikh tutup pendaftaran adalah pada 
24 Mac 2015 (Selasa). Turut disertakan adalah senarai syarikat pembeli untuk makluman dan rujukan pihak tuan puan.

Untuk maklumat lebih lanjut sila layari 
http://www.mihas.com.my/business-matching/ atau sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkenaan IBM - MIHAS 2015, sila hubungi pegawai - pegawai berikut:

Coverage and Contact Points: 
Indonesia & Philippines : 
Norashikin (norashikin@matrade.gov.my) (ext 7231)
Amin Amirul (aminamirul@matrade.gov.my) (ext 7431)
Harris (harris@matrade.gov.my) (ext.7232)

Thailand & Myanmar: 
Nurhasyima (nurhasyima@matrade.gov.my) (ext. 7230) 
Ilyas (ilyas@matrade.gov.my) (ext. 7224)

Singapore, Cambodia, Lao, Vietnam 
Noor Diran (diran@matrade.gov.my) (ext. 7228) 
Ibrahim Hamzah (buyers@matrade.gov.my) (ext.7496)

Sekian. Terima kasih.



Prepared by,


Che Siti Nor Aishah Che Sembilan
Practical Trainee

No comments:

Post a Comment