Sunday, July 10, 2011

Program MATRADE Timur, Julai - Ogos 2011

Temui kami di program-program berikut:
1) Seminar Lab Walit, LKTN Kelantan, 18.7.2011
2) Program Padanan Perniagaan Cheng Ho, Kelantan, 20.7.2011
3) Lawatan ke TPM Raub, Pahang, 27.7.2011
4) Program Transformasi Halal Kuantan, 30 - 31.7.2011
5) Seminar Peluang ke Arab Saudi & Sekitar, Terengganu, 8.8.2011

En. Amran Yem, Pesuruhjaya Perdagangan, MATRADE Jeddah

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi En. Zulkhairie / Pn. Nor Afikah di talian 09 - 624 4778.

Wednesday, July 6, 2011

Seminar Cukai Produk & Perkhidmatan (GST) SME Corp, 26.7.2011 @ Residence Resort, Paka, Terengganu

Tuan / Puan,

SEMINAR PEMAHAMAN KE ATAS GOOD AND SERVICES TAX (GST) ANJURAN SME CORP. MALAYSIA (CAWANGAN TERENGGANU)

Sukacita dimaklumkan bahawa Perbadanan PKS Malaysia (SME Corp. Malaysia) cawangan Terengganu akan mengadakan Seminar Pemahaman Ke Atas Good And ServicesTax (GST).

2. Seminar ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan pemahaman mengenai Cukai Produk dan Perkhidmatan (GST) yang bakal dilaksanakan oleh kerajaan serta kesan kaedah pengiraan GST terhadap perniagaan, khususnya kepada PKS. Butiran seminar tersebut adalah seperti berikut:

Tarikh : 26 Julai 2011
Masa : 8.30 pagi
Tempat: Bilik Seminar
Residence Resort, Paka,
Terengganu.

3. Seminar ini adalah percuma dan sekiranya pihak tuan / puan berminat untuk menyertai seminar ini, sila isi dan kembalikan borang pendaftaran kepada SME Corp. Terengganu melalui faks di talian 09-631 7721 sebelum atau pada 14 Julai 2011. Borang pendaftaran dan aturcara seminar turut disertakan bersama email ini untuk rujukan pihak tuan / puan.

4. Sekiranya pihak tuan / puan mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi pegawai SME Corp yang berkenaan iaitu En. Wan Mohd Tarmizi Wan Jusoh (Tel: 09-631 7870 / Email: tarmizi@smecorp.gov.my) atau Cik Norhaizum Sahril (Tel: 09-631 7870 / Email: norhaizum@smecorp.gov.my)

Tuesday, July 5, 2011

Pameran Perdagangan Antarabangsa Malaysia diadakan November ini

KUALA TERENGGANU, 29 Jun (Bernama) -- Pameran Perdagangan Antarabangsa Malaysia 2011 (Intrade) bakal diadakan November akan datang dalam usaha membantu usahawan dan pengeksport tempatan meluaskan perniagaan ke luar negara.

Pengarah Kanan Bahagian Pembangunan Pengeksport Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) Datuk Zakaria Kamaruddin berkata pameran itu akan diadakan dari 22 hingga 24 Nov di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Beliau berkata pameran itu bertujuan membolehkan syarikat Enterprise Kecil dan Sederhana (EKS) bertemu pembeli luar negara melalui sesi pemadanan perniagaan yang dianjurkan. "Ia juga bertujuan untuk melancarkan produk baru dan mempromosikan barangan mereka sehingga ke peringkat antarabangsa," katanya selepas merasmikan Program Matrade Bersama Usahawan dan Pengeksport di sini Rabu.

Yang turut hadir Pengarah Matrade Wilayah Timur, Hasziah Mohd Yazid.

Katanya Intrade 2011 juga memberi peluang pemain industri tempatan menjalin rangkaian dengan rakan mereka dari luar negara. "Dengan adanya pameran ini, usahawan tidak perlu berbelanja besar untuk ke luar negara bertemu dengan syarikat luar dan kami menjangkakan pameran kali ini akan disertai lebih dari 400 hingga 500 pembeli dari seluruh dunia," katanya. Pameran tersebut juga akan mengenal pasti dan meneroka peluang perniagaan yang ada agar syarikat tempatan berjaya mengeksport produk mereka ke peringkat antarabangsa, katanya.

Industri yang disasarkan berpotensi besar ke pasaran antarabangsa adalah automotif dan bahagian-bahagian auto, elektrik dan elektronik, makanan dan minuman, perabot dan produk berasaskan kayu, kraftangan, tekstil dan barang kemas, kosmetik dan kesihatan serta perkhidmatan. Intrade 2010 mencatatkan jumlah jualan RM4 bilion dengan kehadiran 441 syarikat dari 51 buah negara di seluruh dunia. Beliau berkata mana-mana syarikat yang berminat untuk mendapatkan tapak di pameran ini boleh membuat tempahan melalui laman web www.intrademalaysia.my. -- BERNAMA

Sunday, July 3, 2011

MATRADE Bantu Bangun Produk Negeri II

KUALA TERENGGANU 30 Jun - Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) akan memberi tumpuan terhadap pembangunan produk tempatan yang dikenal pasti mendapat sambutan serta berpotensi untuk pasaran antarabangsa.

Pengarah Kanan Bahagian Pembangunan Pengeksport Matrade, Datuk Zakaria Kamarudin berkata, antara produk tersebut adalah produk berasaskan laut, tekstil, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), minyak dan gas serta perkapalan.

Katanya, sasaran untuk setiap produk adalah berbeza dan pihaknya kini sedang berusaha menangani masalah utama yang dihadapi usahawan serta pengeksport Matrade iaitu kesukaran mengeluarkan dan membekalkan produk serta perkhidmatan dalam skala besar.



Tambah Zakaria, masalah lain yang turut membelenggu para usahawan serta pengeksport adalah keupayaan untuk menepati standard piawaian antarabangsa dalam memasarkan produk dan perkhidmatan mereka.

"Justeru, Matrade kini sedang menjalinkan kerjasama dengan agensi-agensi tertentu termasuk Sirim QAS International, SME Bank, Exim Bank, Halal Development Corporation dan sebagainya bagi mengatasi kedua-dua masalah ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa program Matrade Bersama Usahawan dan Pengeksport di Primula Beach Hotel di sini, semalam.

Hadir sama Pengarah Matrade Wilayah Timur, Hasziah Mohd. Yazid.

Dalam pada itu, Zakaria memberitahu, program Matrade Bersama Usahawan dan Pengeksport yang dijalankan secara berperingkat-peringkat di seluruh negara mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelbagai pihak.

Katanya, program yang diadakan di Terengganu ini merupakan program keempat yang diadakan sepanjang tahun ini dan ia akan diteruskan di Pulau Pinang, Johor Bahru dan Kuching selepas ini.

"Tujuan utama kita mengadakan program ini adalah untuk memberi maklumat dan pendedahan kepada para usahawan serta pengeksport berhubung maklumat yang berkaitan agar mereka lebih faham," ujar beliau.

Dalam perkembangan lain, Zakaria berharap agar syarikat yang belum berdaftar dengan Matrade supaya segera berbuat demikian.

Jelasnya, ia bagi membolehkan mereka mengetahui tentang program dan kemudahan yang disediakan oleh agensi tersebut.

- Utusan Online -