Sunday, April 5, 2015

JEMPUTAN KE KONFERENS PROMOSI “12TH CHINA-ASEAN EXPO (CAEXPO 2015), NANNING, CHINA 18-21 SEPTEMBER 2015”, MS GARDEN KUANTAN PAHANG, 16 APRIL 2015

Sukacita dimaklumkan bahawa MATRADE akan menganjurkan penyertaan Malaysia di dalam “12th China-ASEAN Expo (CAEXPO 2015)” yang akan diadakan di Nanning, Wilayah Autonomous Guangxi Zhuang, China pada 18 sehingga 21hb September 2015.

2.      Expo China-ASEAN (CAEXPO) merupakan satu daripada expo terbesar di Negara China, dan telah diakreditasi sebagai platform yang efektif bagi mempromosikan kerjasama di antara Negara China dan ASEAN dalam sektor perdagangan, pelaburan dan perlancongan. CAEXPO merupakan anjuran People’s Government of Guangxi Zhuang Autonomous Region dan ditaja oleh Kementerian Perdagangan Negara China untuk menguatkan lagi China-ASEAN FTA. CAEXPO juga berfungsi sebagai plotform bagi mempromosikan dan mengembangkan perdagangan di antara Malaysia dan China dan seterusnya menyumbang ke arah sasaran perdagangan dua hala iaitu USD160 billion pada 2017 sebagaimana dipersetujui ke dua-dua negara.

3.    MATRADE telah menyelaras penyertaan Malaysia di CAEXPO semenjak 11 tahun lalu. Sebanyak 137 syarikat dan agensi kerajaan Malaysia telah menyertai CAEXPO pada tahun 2014. Pada tahun ini, MATRADE turut bekerjasama dengan Sekretariat CAEXPO bagi mengadakan Konferens Promosi CAEXPO 2015 di Kuantan, Pahang bagi menerangkan lebih lanjut berkenaan CAEXPO 2015 serta menjemput lebih banyak penyertaan daripada syarikat dan agensi Pantai Timur. 





4.    Sehubungan dengan ini, MATRADE ingin menjemput organisasi Y.Bhg. Datuk / Datin / Dato’ / Tuan / Puan untuk menyertai Konferens Promosi CAEXPO 2015 sebagaimana butiran dibawah:- 


                            Tarikh    : 16 April 2015 (Khamis)
                            Tempat  : MS Garden Kuantan Pahang
                            Program: 9.00 am   - Pendaftaran
                                            9.30 am   - Seminar
                                            2.00 pm   - Refreshments


5.  Penyertaan adalah PERCUMA. Surat jemputan dan borang pendaftaran program tersebut boleh dimuat turun melalui link berikut: https://app.box.com/s/mkw1v188eun77gyx54650jxv73obdp75 


6.  Sekiranya berminat, sila kembalikan borang pendaftaran yang telah lengkap diisi melalui faks di talian 09-624 0778 atau email kepada zulkhairee@matrade.gov.my / afikah@matrade.gov.my sebelum atau pada 13 April 2015 (Isnin). Sebarang pertanyaan sila hubungi En. Mohd Mohd Zulkhairie Effendie Mohd Zain / Pn. Nor Afikah Abdullah di talian 09-624 4778.

Sekian. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment