Tuesday, August 28, 2012

JEMPUTAN “PROGRAM MATRADE BERSAMA USAHAWAN DAN PENGEKSPORT”, KUANTAN, PAHANG, 6 SEPTEMBER 2012

Date: 29 Ogos 2012
Ref: MT/BPP/2/11-23

YBhg Datuk/Dato’/Tuan/Puan,

JEMPUTAN “PROGRAM MATRADE BERSAMA USAHAWAN DAN PENGEKSPORT”, KUANTAN, PAHANG, 6 SEPTEMBER 2012

MATRADE akan menganjurkan Program MATRADE Bersama Usahawan dan Pengeksport di Kuantan, Pahang pada 6 September 2012. Butiran program adalah seperti di bawah:


Tarikh            : 6 September 2012 (Khamis)

            Masa              : 9.00 am – 4.30 pm

            Tempat          : Silk Ballroom, Level 3

  Sultan Ahmad Shah International Convention Centre 

  The Zenith Hotel

  Jalan Putra Square 6, Putra Square

  25200 Kuantan, Pahang

 2.         Bertemakan “Memperkukuhkan Daya Saing Eksport Melalui Standard, Pensijilan, Penyelidikan dan Inovasi”, program ini diadakan bertujuan untuk membantu usahawan dan pengeksport negeri Pahang meningkatkan daya saing dan daya maju mereka. Disamping itu melalui program ini, peserta akan dimaklumkan mengenai aktiviti MATRADE dan maklumat berkenaan perdagangan serta mendapatkan maklumbalas daripada usahawan dan pengeksport. Program ini akan turut disertai oleh agensi MITI dan wakil agensi berkaitan eksport yang lain.

3.         Program ini juga memberi peluang kepada usahawan dan pengeksport tempatan untuk berinteraksi dengan agensi MITI seperti SME Bank, SME Corp, Halal Development Corporation (HDC) dan lain-lain melalui kaunter informasi yang akan dibuka sepanjang sesi taklimat berlangsung. Sila rujuk kepada program seperti dilampiran.

4.         Penyertaan adalah percuma. Sekiranya berminat, sila kembalikan borang pendaftaran yang telah lengkap ke nombor faks 09-624 0778 selewat-lewatnya pada 3 September 2012 (Isnin). Sebarang pertanyaan bolehlah diajukan kepada Encik Hafidz Shukri Junit / Puan Nor Afikah Abdullah di talian 09-624 4778 atau email kepada terengganu@matrade.gov.my .
 

Sekian, terima kasih.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

 

(HASZIAH MOHD YAZID)
Pengarah
MATRADE Wilayah Timur

RMZ PRODUCT SDN. BHD.


Date of Visited: 24th April 2011

Company Profile:

RMZ Product Sdn. Bhd. was founded by its managing director, Nik Mood bin Nik Wan Megat on early 1990. This company is located at No. 02A, KM3, Wakaf Bunut, Pasir Puteh, Kelantan. It is 3 KM from Pasir Puteh town and about 45 KM from the capital of Kelantan, Kota Bharu.

This complete Malaysian company produces food and drink based on a species of
hibiscus, named Hibiscus Sabdariffa L. or better known as Roselle. Roselle is a species of fruit that can be produce into foods and drinks along with many scientific benefits to the human body and health.

Mr. Nik Mood starts his business with small scale processing product. On December 14, 1997 he changes his company name from RMZ Product with RMZ Product Sdn. Bhd. The improvement and reform in various terms in his company including the manufacturing process until the marketing product, RMZ Product Sdn. Bhd. has become as a strong manufacturer in Roselle industry with some awards and has the right to supply POUCH to the MAVORS (Malaysian Flavors).

RMZ product had been exported to Dubai, United Arab Emirates but in small-scale quantity and only export by individual for introduction. Some local Hypermarket that sell RMZ product are Tesco, Mydin, Carrefour, The Store Pacific, Giant.

Products:

Roselle Juice
Roselle Cordial
Halwa Roselle
Roselle Sauce
Ready To Drink (RTD)

Contacts:

NO. 02A Km3 Wakaf Bunut,
16800 Pasir Puteh,
Kelantan Darul Naim

Tel: 09-7867848

Fax: 09-7862848

Contact Person:

Nik Mood bin Nik Wan Megat
H/P: 012-9009748

Email: nik5585@yahoo.com.my

Website: http://rosellermz.blogspot.com/

Prepared By:
Toh Pau Ying
Practical Trainee

Sunday, July 8, 2012

Bengkel 12 Langkah Pengeksport Berjaya, Grand Continental, Kuala Terengganu, 18 Julai 2012

9 July 2012
MT / BPP / ETU / WRK / 3 (2012)

Tuan/Puan,

BENGKEL “THE 12 STEPS TO SUCCESSFUL EXPORTING (12 LANGKAH UNTUK PENGEKSPORT BERJAYA)”

Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dengan berbesar hati ingin menjemput tuan/puan ke “Bengkel The 12 Steps To Successful Exporting (12 Langkah Untuk Pengeksport Berjaya)”. Maklumat lanjut adalah seperti berikut:-

Tarikh : 18 Julai 2012 (Rabu)
Masa : 9.00 am – 3.30 pm
Tempat : Hotel Grand Continental Kuala Terengganu
Jalan Sultan Zainal Abidin, Daerah 8,
Kuala Terengganu, Terengganu

Bengkel ini diadakan bertujuan untuk memberi bimbingan dan pengetahuan yang lebih mendalam kepada para pengeksport Malaysia tentang bagaimana untuk menjadi seorang pengeksport yang berjaya terutamanya dalam mengendalikan hal ehwal perniagaan di dalam dan luar negara. Sila lihat program yang dilampirkan.


Penceramah yang akan mengendalikan bengkel ini ialah Encik A.B. Teoh, EXIM - Export-Import Consultant. Beliau merupakan seorang penulis buku bertajuk “Exporting and International Trade”. Beliau merupakan penulis rencana tetap TRADEMART – iaitu sebuah majalah untuk pengeksport yang diterbitkan oleh MATRADE. Beliau mendapati bahawa “The 12 Steps To Successful Exporting (12 Langkah untuk Pengeksport Berjaya)” merupakan sebuah program yang sangat berguna terutamanya untuk para pengekport Malaysia. Beliau juga seorang yang berpengalaman luas dan telah berkecimpung dalam bidang eksport selama 25 tahun di dalam dan luar negara.

Yuran penyertaan adalah PERCUMA. Pendaftaran boleh dibuat melalui Online Registration melaui portal MATRADE http://www.matrade.gov.my. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 17 Oktober. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi En. Aswad atau Puan Anis di Tel: 03-6207 7146/7124.

Agenda
Borang Manual

Sekian, terima kasih.



(AZMAN MD. YUSOF)
Unit Kemahiran Pengeksport
Bahagian Pembangunan Pengeksport
MATRADE

Sunday, June 17, 2012

Program MATRADE Wilayah Timur Jun / Julai 2012

Temui kami di program-program berikut:- a) Helpdesk & taklimat Roadshow Jejak 2012, TERAJu Kuantan, 19 - 20.6.2012 b) Program MITI Memacu Transformasi, Kws. Perindustrian Pengkalan Chepa, Kelantan, 24.6.2012 c) Taklimat MIA, MS Garden, Kuantan Pahang, 27.6.2012 d) Pocket Talk Minggu PKS Pahang, 1.7.2012 e) Pocket Talk Universiti Malaysia Kelantan, 4.7.2012 Jumpa anda di sana :)

Sunday, April 15, 2012

JEMPUTAN SEMINAR EKSPO CHINA-ASEAN (CAEXPO 2012) KE 9, NANNING, CHINA 21 – 25 SEPTEMBER 2012 DI PRIMULA BEACH RESORT, 19 APRIL 2012

Y.Bhg. Dato’ / Tuan / Puan,

JEMPUTAN SEMINAR EKSPO CHINA-ASEAN (CAEXPO 2012) KE 9, NANNING, CHINA 21 – 25 SEPTEMBER 2012 DI PRIMULA BEACH RESORT, 19 APRIL 2012

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Ekspo China-ASEAN (CAEXPO 2012) ke 9 akan diadakan di Bandar Nanning, Wilayah Autonomous Guangxi Zhuang, China pada 21 – 25 September 2012. CAEXPO adalah acara tahunan semenjak 2004 dengan objektif mempromosikan Kawasan Perdagangan Bebas China – ASEAN (CAFTA). Ekspo ini telah diakreditasikan sebagai platform yang penting bagi mempromosikan kerjasama di antara China dan Malaysia dalam bidang perdagangan dan pelaburan. Tema CAEXPO 2012 adalah “Science and Technology Cooperation”.

2. MATRADE sebagai agensi utama promosi eksport Malaysia turut bersama mengkoordinasi penyertaan 140 pengeksport-pengeksport Malaysia dalam Pameran CAEXPO ke 8 pada tahun 2011. Untuk tahun 2012, bagi menggalakkan lebih banyak penyertaan dalam CAEXPO ke 9, MATRADE berkerjasama dengan Sekretariat CAEXPO daripada Nanning dalam menganjurkan siri jelajah Seminar Promosi di seluruh Malaysia termasuk di Terengganu bagi mempromosikan CAEXPO 2012.

3. Oleh yang sedemikian, MATRADE ingin menjemput Y.Bhg. Dato’ / Tuan / Puan untuk menghadiri taklimat selama setengah hari mengenai CAEXPO 2012 yang akan diadakan pada butiran di bawah:

Tarikh 19 April 2012 (Khamis) @ 9.30 am – 12.00 tgh
Tempat Dewan Seminar, Primula Beach Resort, Terengganu
Masa 9.30 am - 12.00 pm (Rujuk lampiran untuk agenda)

4. Kami berharap Y.Bhg. Dato’/ Tuan / Puan dapat turut menghadiri taklimat tersebut. Untuk organisasi serta dewan-dewan perniagaan, kerjasama adalah amat dihargai dalam memanjangkan jemputan ini kepada ahli-ahli memandangkan eskpo ini dapat membantu dalam perkembangan perniagaan serta jalinan perhubungan ataupun “networking”. Penyertaan adalah percuma dan tarikh akhir pendaftaran adalah pada 15 April 2012. Klik sini untuk borang dan agenda.

5. Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi En. Mohd Zulkhairie / Puan Nor Afikah Abdullah (09 – 624 4778), email: zulkhairiee@matrade.gov.my / afikah@matrade.gov.my ).

Terima kasih.

Berkhidmat Untuk Negara,


(HASZIAH MOHD YAZID)
Pengarah MATRADE Wilayah TIMUR

Sunday, March 18, 2012

Ucapan YB Menteri semasa Program MATRADE Bersama Usahawan dan Pengeksport di Kota Bharu, Kelantan (4 Mac 2012)

UCAPAN PERASMIAN


Y.B. DATO’ SRI MUSTAPA MOHAMED

MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI


PROGRAM MATRADE BERSAMA USAHAWAN DAN PENGEKSPORT

4 MAC 2012 (AHAD)

KOTA BHARU, KELANTAN



Assalamualaikum W.B.T dan Salam 1Malaysia.


Yang Berusaha Dr. Wong Lai Sum

Ketua Pegawai Eksekutif

MATRADE


Yang Berbahagia Dato’ Nik Zainiah Nik Abdul Rahman

Penasihat MITI


Tetamu yang dihormati

Wakil-wakil media

Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati sekalian


1. Saya amat bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izinNya kita dapat bertemu dalam Majlis Program MATRADE Bersama Usahawan dan Pengeksport pada pagi ini. Saya juga mengambil kesempatan ini mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan di program pagi ini. Kelantan seperti yang tuan-tuan sedia maklum sentiasa berada di hati saya dan saya sangat-sangat mengambil berat untuk berada di sini dan gembira dapat berkongsi maklumat mengenai peluang-peluang perniagaan khususnya perniagaan antarabangsa disamping memaklumkan perancangan program dan aktiviti MITI dan agensi di bawahnya, khususnya MATRADE pada tahun ini, dalam usaha untuk membangunkan pasaran eksport negara.


2. Saya juga difahamkan, ada dikalangan peserta hari ini datang bukan sahaja dari Kelantan malah juga dari Kuala Lumpur, Perak dan Terengganu. Kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke program ini sesunguhnya membuktikan minat dan komitmen yang tinggi dari tuan-tuan dan puan-puan untuk terus maju kehadapan mempertabatkan eksport negara ke pasaran antarabangasa. Terima kasih diucapkan.


3. Kelantan seperti negeri-negeri lain di Malaysia, juga mempunyai sumber manusia atau ‘human capital’ yang baik dan terkenal rajin serta pandai berniaga. Ini adalah penting dimana tujuan kami berada di sini selain dari menarik minat usahawan dan pengeksport Malaysia untuk berkembang dan mengukuhkan lagi perniagaan eksport mereka ke pasaran global, juga untuk membincangkan isu-isu berkaitan eksport agar ianya dapat ditangani bersama untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara pengeksport yang berdaya maju, berdaya saing dan berdaya tahan bukan sahaja di peringkat domestik tetapi juga di peringkat global. Taklimat dan perbincangan pada hari ini adalah diharapkan dapat menghasilkan kefahaman dan kerjasama yang lebih erat di kalangan komuniti perniagaan dan kerajaan demi kejayaan dan manfaat kita bersama.



Tuan-tuan dan Puan-puan,


PENCAPAIAN PERDAGANGAN MALAYSIA TAHUN 2011

4. Malaysia telah memperolehi prestasi perdagangan yang sangat baik pada tahun lepas, dengan pencapaian jumlah perdagangan sebanyak RM1.269 trillion iaitu peningkatan sebanyak 8.7% berbanding dengan tahun 2010. Ini adalah tahun ke 14 berturut-turut terdapatnya lebihan dagangan dan jumlah perdagangan tertinggi pernah dicapai oleh Malaysia berbanding dengan pertumbuhan perdagangan dunia yang meningkat hanya sebanyak 7.5% sahaja pada tahun 2011. Kejayaan ini telah memberikan kita satu suntikan dan motivasi untuk kita menguatkan lagi azam kita untuk bekerja dengan lebih keras pada tahun ini dan pada tahun-tahun yang akan datang untuk mengekal dan memperkukuhkan lagi kedudukan ini. Dengan semangat waja dan sokongan padu dari kedua belah pihak, komuniti perniagaan dan kerajaan, saya yakin, Insya Allah, kita akan berjaya mencapai matlamat tersebut.


5. Adalah harapan saya agar usahawan dan pengeksport Malaysia akan terus memandang kehadapan dan berjiwa gental untuk terus maju walau pun rakan dagang utama kita, Amerika Syarikat masih lagi dalam keadaan pemulihan ekonomi; Eropah masih mengalami ketidaktentuan ekonomi kerana krisis hutang yang sedang dialami oleh beberapa negara ahlinya; dan banyak negara di dunia terutama di Asia Barat yang masih lagi mengalami pergolakan politik dan perubahan. Kesemua faktor ini telah dan akan terus memberi impak kepada perdagangan global termasuk perdagangan eksport negara kita.


6. Lanjutan itu, eksport Malaysia ke Amerika Syarikat telah menurun sebanyak 2.8% pada tahun lalu, sementara eksport ke Eropah amnya meningkat sekitar 4% sahaja kecuali eksport ke Jerman dan Itali, masing-masing menurun sebanyak 18% dan 33.7%.


7. Bagi tahun yang sama, eksport keluaran Malaysia ke negara-negara jiran ASEAN merangkumi 24% daripada jumlah keseluruhan eksport negara dimana prestasinya telah menurun bagi pasaran di Singapura, Thailand, Vietnam, Filipina dan Laos manakala pasaran eksport ke Myanmar telah meningkat sebanyak 115%, Indonesia 23% and Kemboja 20%. Ini membuktikan bahawa syarikat kita masih mampu bersaing di pasaran global dan barangan kita masih mempunyai permintaan terutama di pasaran-pasaran baru. Pada keseluruhannya, prestasi eksport Malaysia dengan rakan negara ASEAN menunjukkan peningkatan sebanyak 6%.


8. Di samping itu, pada tahun lepas, terdapat peningkatan dalam prestasi eksport Malaysia dengan negara-negara seperti Australia, Jepun, Republik Rakyat China dan Republik Korea. Republik Rakyat China pada masa ini merupakan pasaran eksport terbesar Malaysia dengan jumlah eksport sebanyak RM91 billion atau 13% dari keseluruhan jumlah eksport negara. Singapura di tempat kedua dengan RM88 billion and Jepun di tempat ke tiga dengan RM80 billion. Apa yang dapat dirumuskan di sini ialah dengan pergolakan ekonomi dunia semasa, ianya telah dan akan memberi impak bukan sahaja terhadap permintaan keluaran eksport malah juga destinasi pasaran eksport tersebut.


Tuan-tuan dan Puan-puan,


9. MITI dan agensinya sentiasa mengendalikan program-program turun padang (outreach) seperti hari ini di dalam usaha membantu syarikat-syarikat Malaysia termasuk syarikat Kelantan membangunkan perniagaan mereka. Dari maklumat yang diterima, syarikat pengeksport 20 utama Kelantan telah berjaya mengeksport sebanyak RM1.48 billion pada tahun 2011. Nilai eksport ini yang merupakan 0.21% dari keseluruhan jumlah nilai eksport negara, merangkumi nilai eksport keluaran-keluaran seperti barangan elektrik dan elektronik, getah dan barangan getah, kayu dan kayu gergaji, kopra, keluaran bahan petroleum dan farmaseutikal.


10. Antara faktor yang telah menyumbangkan kepada kejayaan mereka termasuklah bantuan dan kemudahan yang telah disediakan oleh kerajaan yang bukan sahaja meningkatkan pengeluaran dan jualan barangan syarikat bahkan juga menyumbang kepada ekonomi negeri Kelantan terutama dalam mengwujudkan peluang-peluang pekerjaan disamping meningkatkan lagi taraf hidup rakyat. Sehubungan dengan itu, usahawan dan pengeksport Kelantan adalah digesa untuk menggunakan sepenuhnya bantuan dan kemudahan yang disediakan oleh kementerian saya termasuk MATRADE untuk mengembang dan memperkukuhkan lagi perniagaan tuan-tuan dan puan-puan.


Tuan-tuan dan Puan-puan,


11. Di dalam menjamin kejayaan wawasan negara menjadi sebuah negara maju pada tahun 2020, Kelantan juga tidak ketinggalan dengan peningkatan pelaburannnya. Bagi tahun 2011, sebanyak 5 projek telah diluluskan oleh negeri Kelantan dengan jumlah pelaburan sebanyak RM128.6 juta berbanding dengan hanya RM169.6 juta dari tahun sebelumnya. Dari jumlah ini, sebanyak RM89.9 juta atau pun 70% merupakan pelaburan tempatan manakala RM38.7 juta merupakan pelaburan asing. Pelaburan-pelaburan ini dianggar dapat mewujudkan sebanyak 531 peluang pekerjaan yang boleh dinikmati oleh penduduk Kelantan. Antara kawasan-kawasan perindustrian yang terdapat di negeri Kelantan termasuklah Pengkalan Chepa, Kuala Krai, Gua Musang, Tanah Merah, Kemubu, Mukim Apam, Pasir Mas dan Miel Lundang. Sehubungan dengan itu, penglibatan semua pihak dalam menyediakan asas-asas pembangunan yang terbaik menerusi peningkatan dan baikpulih kemudahan infrastruktur di kawasan-kawasan perindustrian tersebut amatlah penting. Kerajaan Persekutuan khususnya MITI dan agensi-agensinya akan sentiasa memberi sokongan kepada pihak industri terutama dalam menarik pelaburan baru tempatan mahupun perlaburan asing, menggalakkan pengembangan pelaburan sedia ada serta mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk pelaburan.


12. Dengan bantuan kerajaan Pusat, sebanyak 5,904 peluang pekerjaan telah di wujudkan di Kelantan dari tahun 1980 – 2011 melalui penubuhan 10 syarikat pelabur terbesar di Kelantan. Syarikat-syarikat tersebut termasuklah Rohm-Wako Electronic (Malaysia), Habib Jewellery Mfg., CMNM Mining Group, Terang Nusa (Malaysia), Ain Medicare, Ainosa Industries, Kompleks Perkayuan Kelantan, Keloil LPG Cylinder, Manakas (Malaysia), dan Chaudry Textiles (M). Memandangkan betapa pentingnya pelaburan, Kelantan mengalu-alukan pelaburan tambahan dan baru bagi membantu menjana pertumbuhan ekonomi negeri ini.



Tuan-Tuan dan Puan-Puan,


13. Selain dari menyediakan khidmat nasihat yang berterusan untuk memberi penerangan mengenai hala tuju, strategi, program, projek, skim bantuan dan perkhidmatan sokongan yang ditawarkan oleh Kerajaan kepada usahawan-usahawan dan pengeksport, MATRADE pada tahun ini merancang mengendalikan 121 aktiviti promosi perdagangan untuk di sertai oleh usahawan dan pengeksport Malaysia.


14. Program-program 2012 yang akan dianjurkan termasuklah misi perdagangan dan pelaburan, misi pemasaran umum dan khusus, pameran perdagangan antarabangsa, kaunter promosi, aktiviti promosi bersama dan misi pembeli luar negara (IBM). Maklumat-maklumat lanjut program-program ini boleh diperolehi dari laman web MATRADE ataupun dari pegawai MATRADE yang ada pada hari ini. Justeru itu, saya menjemput syarikat-syarikat Kelantan untuk sama-sama menyertai aktiviti-aktiviti berkenaan.


15. MATRADE selaku agensi penggalakkan eksport negara, juga akan menganjurkan 4 pameran perdagangan bertaraf antarabangsa di dalam dan di luar negara dimana syarikat-syarikat Malaysia disarankan untuk turut menyertainya. Pameran-pameran tersebut ialah:

Malaysia International Halal Showcase (MIHAS), 4 – 7 April 2012; Malaysian Services Exhibition (MSE), Doha, Qatar, 30 April – 3 May 2012;Promosi Satu Malaysia di Muscat, Oman, 29 – 30 April 2012; dan INTRADE, 27 - 29 November 2012.
16. Bagi pameran-pameran ini, selain dari penyertaan di pameran perdagangan, MATRADE juga mengaturkan sesi perjumpaan pengeksport dengan pembeli dari luar negara yang hadir khas untuk tujuan ini. Oleh itu, saya menggesa supaya syarikat-syarikat di negeri Kelantan ini berdaftar dengan MATRADE bagi meraih peluang untuk mengeksport produk keluaran mereka.


Tuan-tuan dan Puan-puan,


17. Bagi menjaga kepentingan industri dan pengguna tempatan, Malaysia telah menandatangani Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dua hala dan Perjanjian Perdagangan Bebas melibatkan kawasan. Dengan perjanjian-perjanjian ini, negara-negara yang terlibat bersetuju untuk memberikan layanan keutamaan di pasaran masing-masing. FTA yang ditandatangani Malaysia tertumpu kepada penurunan serta penghapusan duti import, liberalisasi sektor perkhidmatan dan liberalisasi dan perlindungan pelaburan.


18. Selain dari meningkatkan daya saing produk dan keluaran Malaysia di pasaran antarabangsa, FTA juga membantu syarikat mencapai pasaran yang lebih besar; membolehkan pengilang mengimport komponen dan bahan mentah pada kos yang lebih rendah dengan prosedur yang mudah; meningkatkan permintaan pasaran yang akan membolehkan pengilang/pengeluar mencapai skala ekonomi dalam pengeluaran; menggalakkan dan memudahkan perdagangan, pelaburan dan membantu pembangunan ekonomi dan peningkatan keupayaan industri tempatan melalui kerjasama teknikal dengan rakan FTA Malaysia. Sehubungan dengan itu, saya ingin menyeru semua komuniti perniagaan Malaysia termasuk pengusaha dan pengeksport Kelantan untuk menikmati layanan keutamaan ini sekiranya syarikat tuan-tuan dan puan-puan berdagang dengan rakan FTA negara kita.


19. Selain dari program dan aktiviti promosi perdagangan, MATRADE juga menyediakan Geran Pembangunan Pemasaran (MDG) untuk perusahan kecil dan sederhana (PKS). Pada tahun 2012, sebanyak RM52.5 juta telah diperuntukkan untuk geran ini. Geran yang merupakan geran bayaran balik 50%. ini membantu PKS membangunkan eksport mereka dengan menyertai aktiviti galakan eksport di luar negara seperti penyertaan dalam pameran antarabangsa, misi perdagangan dan pelaburan serta menghadiri persidangan luar negara.


20. Pada tahun lepas, sejumlah 1,302 syarikat PKS telah mendapat faedah daripada geran ini yang bernilai RM12.3 juta. Memandangkan geran ini dapat membantu PKS di dalam membiayai sebahagian dari kos perbelanjaan aktiviti promosi, sukacita saya mengumumkan bahawa pada tahun 2012, siling geran ini telah ditambah dari RM30,000 kepada RM100,000 untuk sesebuah syarikat setahun. MATRADE juga akan memudahkan garis panduan permohonan dan memperkenalkan permohonan secara atas talian bagi memudahkan proses ini untuk kebaikan pengeksport. Saya menyeru syarikat-syarikat Malaysia termasuk syarikat PKS Kelantan untuk menggunakan sepenuhnya kemudahan ini untuk menembusi pasaran baru dan memperluaskan pasaran yang sediaada.


Tuan-tuan dan Puan-puan,


22. Akhir kata, adalah menjadi harapan saya agar Program MATRADE Bersama Usahawan dan Pengeksport di Kota Bharu Kelantan ini, dapat dimanafaatkan sepenuhnya bagi mengembangkan dan meningkatkan lagi prestasi perniagaan tuan-tuan dan puan-puan. Dengan ini, dengan kalimah Bismillahhirrahmannirrahim, sukacita saya merasmikan “Program MATRADE Bersama Usahawan dan Pengeksport Kelantan” pada pagi ini.


Terima kasih.

Monday, February 27, 2012

PROGRAM MATRADE BERSAMA USAHAWAN DAN PENGEKSPORT, Grand Riverview, Kota Bharu, 4 Mac 2012

22 Februari 2012

MT/BPP/2/11-20

YBhg. Datuk / Dato’ / Tuan / Puan,

PROGRAM MATRADE BERSAMA USAHAWAN DAN PENGEKSPORT

Merujuk perkara di atas, MATRADE berbesar hati menjemput YBhg. Datuk/ Dato’/ Tuan/ Puan ke program MATRADE seperti berikut:-

TARIKH : 4 Mac 2012 (Ahad)
MASA : 8.00 pg – 5.00 ptg
TEMPAT : Grand Riverview Hotel Kota Bharu
Jalan Post Office Lama
15000 Kota Bharu, Kelantan

2. Objektif program tersebut adalah untuk memaklumkan tentang fungsi, aktiviti dan bantuan yang disediakan oleh MATRADE kepada usahawan dan pengeksport tempatan. Selain itu, peserta juga bakal berpeluang mengikuti pembentangan daripada agensi dan organisasi yang berkenaan seperti TPM Biotech, bank perdagangan dan penyedia perkhidmatan logistik selain dapat berkongsi pengalaman dengan pengeksport yang berjaya. Aturcara program tersebut dilampirkan untuk rujukan.



3. Peserta juga berpeluang untuk berinteraksi dengan agensi-agensi MITI seperti SME Bank, SME Corp, Halal Development Corporation (HDC) dan lain-lain melalui kaunter informasi yang akan dibuka sepanjang sesi taklimat berlangsung.

4. Penyertaan adalah percuma. Sila kembalikan borang pendaftaran yang telah lengkap ke nombor faks 09 – 624 0778 selewat-lewatnya pada 1 Mac 2012 (Khamis). Sebarang pertanyaan bolehlah diajukan kepada En. Mohd Zulkhairi di talian 09 – 624 4778 (zulkhairiee@matrade.gov.my) atau Puan Nor Afikah di talian (afikah@matrade.gov.my).

Borang pendaftaran juga boleh di download DI SINI.

Sekian, terima kasih.

KHAIRUL NZRI MD. SHAKARI)
Bah. Pembangunan Pengeksport
b.p. Ketua Eksekutif MATRADE