Fail Tuan: Tarikh: 12 Julai 2011
Fail Kami: MT/TRG/
Y.Bhg Dato’ / Tuan / Puan,
JEMPUTAN ROMBONGAN LAWATAN MATRADE DAN USAHAWAN KE TPM BIOTECH (RAUB) SDN. BHD, 27 JULAI 2011
Dengan hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) Wilayah Timur ingin menjemput Y.Bhg Dato’ / Tuan / Puan menyertai Lawatan MATRADE dan Usahawan ke TPM Biotech (Raub) Sdn. Bhd. Tujuan lawatan adalah untuk meninjau kemudahan OEM TPM dalam bidang makanan kesihatan, nutraseutikal dan kosmetik serta perkhidmatan analisis makmal. Khidmat TPM adalah penting bagi EKS sebagai langkah alternatif yang mudah bagi produk yang lengkap dengan persijilan halal dan GMP yang penting untuk meluaskan pasaran sehingga ke peringkat antarabangsa.
3. Butiran mengenai lawatan tersebut adalah seperti berikut:
Tarikh : 27 Julai 2011 (Rabu)
Tempat : Pusat Biotek Herba
Technology Park Malaysia Corporation Sdn. Bhd.
Kg. Ulu Sungai, Batu Talam
27610, Raub, Pahang
Waktu : 11.00 pagi – 1.00 tgh *
* Peserta dipohon merancang perjalanan memandangkan tempoh perjalanan daripada Kuantan ke TPM Raub mengambil masa lebih kurang 4 jam.
4. Penyertaan untuk lawatan tersebut ini adalah percuma. Turut dilampirkan ialah peta ke tapak lokasi tersebut berserta dengan borang jawapan yang perlu dihantar semula sebelum 24 Julai 2011 (Ahad) untuk tujuan pendaftaran Sila hubungi En. Mohd Zulkhairie Effendi / Puan Nor Afikah Abdullah di talian 09-6244 778 untuk pertanyaan lanjut.
Terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“1MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”
(HASZIAH MOHD YAZID)
MATRADE Wilayah Timur
Borang Penyertaan
Peta TPM Raub 1
Peta TPM Raub 2
No comments:
Post a Comment