Sunday, July 24, 2011

JEMPUTAN KE SEMINAR “PELUANG PASARAN BARANGAN MALAYSIA KE ARAB SAUDI & NEGARA PERSEKITARAN”, 8 OGOS 2011 (ISNIN), TINGKAT 5, MENARA YAYASAN ISLAM TERE

Y.Bhg Dato’ / Tuan / Puan,

JEMPUTAN KE SEMINAR “PELUANG PASARAN BARANGAN MALAYSIA KE ARAB SAUDI & NEGARA PERSEKITARAN”, 8 OGOS 2011 (ISNIN), TINGKAT 5, MENARA YAYASAN ISLAM TERENGGANU

Dengan hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) Wilayah Timur ingin menjemput Y.Bhg Dato’ / Tuan / Puan ke seminar “Peluang Pasaran Barangan Malaysia ke Arab Saudi & Negara Persekitaran”.


Penceramah jemputan ialah Pesuruhjaya Perdagangan MATRADE Jeddah, En. Amran Yem.

3. Butiran mengenai seminar adalah seperti berikut:
Tarikh : 8 Ogos 2011 (Isnin)
Tempat : MATRADE Timur, Tingkat 5
Menara Yayasan Islam Terengganu
Jalan Sultan Omar
20300, Kuala Terengganu, Terengganu
Waktu : 8.30 pagi – 12.00 tgh

4. Penyertaan untuk seminar ini adalah percuma. Turut dilampirkan ialah program seminar tersebut berserta dengan borang jawapan yang perlu dihantar semula sebelum 4 Ogos 2011 untuk tujuan pendaftaran Sila hubungi En. Mohd Zulkhairie Effendi / Puan Nor Afikah Abdullah di talian 09-6244 778 untuk pertanyaan lanjut.

Terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

“1MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”

Lampiran 1: Surat Jemputan
Lampiran 2: Agenda
Lampran 3: Borang Jawapan

No comments:

Post a Comment